Terkini

Gaya hidup
Risau Anak Tak Tahu, Bapa Siap Tulis Nama Komponen Kereta
Berita
Pelajar Tahfiz Dibenar Pimpin Solat Tarawih Selain Imam Tempatan - Exco Johor
Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Kes Kucing Mati Di UM
Kredit: @kmum1905 via Instagram

Seekor Lagi Kucing Didakwa Ditemui Mati Di UM, Usus Hilang

Athirah

Seekor Lagi Kucing Didakwa Ditemui Mati Di UM, Usus Hilang

Seekor lagi kucing didakwa ditemui mati dalam keadaan menyayat hati di Universiti Malaya (UM), kali ini berdekatan dengan Fakulti Perubatan universiti berkenaan.

Perkara berkenaan dimaklumkan oleh Kesatuan Mahasiswa Universitu Malaya (KMUM) melalui beberapa hantaran di Instagram Story.

Menurut KMUM, mereka menerima laporan tentang penemuan bangkai kucing tersebut pada 2 Januari.

“Jasad kucing ditemui dalam keadaan luka teruk yang mendedahkan organnya.

“Wakil KMUM Fakulti Perubatan sudah pun membuat laporan polis berhubung penemuan bangkai kucing berkenaan,” kata KMUM dalam hantaran tersebut.

Kucing ditemui mati di UM, usus didakwa hilang

Melalui hantaran tersebut, KMUM juga memuat naik sekeping gambar yang menunjukkan keadaan jasad kucing yang ditemui mati itu.

“Pemeriksaan yang dibuat mendapati terdapat luka terbuka dengan usus dan anggota badan yang hilang.

“Maklumat tambahan tentang kucing berkenaan hanya akan diketahui selepas bangkainya dihantar untuk bedah siasat,” kata KMUM lagi.

Oleh itu, KMUM meminta orang ramai mengelak daripada menyebarkan sebarang khabar angin berhubung penemuan bangkai kucing tersebut.

PHM menggesa pihak UM untuk menyiasat secara menyeluruh

Terdahulu, Persatuan Haiwan Malaysia menggesa pihak UM mewujudkan satu pasukan khas bagi menyiasat secara menyeluruh mengenai kejadian kematian kucing yang mengerikan.

Ia selepas kes dua ekor kucing yang ditemui mati dalam keadaan menyayat hati di universiti berkenaan sebelum ini menjadi tular di media sosial.

Menerusi muat naik di laman Facebook persatuan tersebut, dua ekor kucing ditemui tidak bernyawa dalam keadaan dipotong keempat-empat kaki.

Sementara itu, bangkai kucing tersebut turut ditemui dengan kesan perut yang terbelah dan terburai.

Pada 22 Disember lepas, BERNAMA melaporkan siasatan polis berdasarkan penelitian ke atas rakaman CCTV mendapati kematian beberapa kucing di universiti tersebut disebabkan serangan anjing liar.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata malah perkara itu juga telah dirujuk kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar yang mengesahkan kematian kucing-kucing tersebut adalah disebabkan kecederaan akibat serangan anjing liar.

BACA: Kematian Kucing Di UM: Polis Sahkan Akibat Serangan Anjing Liar

BACA: Pesawat Siberian Airlines Bawa 79 Penumpang Tergelincir Dari Landasan Ketika Mendarat

Sumber: Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya