Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Amaran Hujan Lebat Di 7 Negeri Hingga Malam Ini

Azizah Najib
hujan di negeri
Kredit: Bernama

Amaran Hujan Lebat Di 7 Negeri Hingga Malam Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang meliputi tujuh negeri dan dua Wilayah Persekutuan (WP) sehingga jam 9 malam ini.

Menerusi amaran yang dimuat naik di laman Facebook, jabatan berkenaan menjangkakan seluruh WP Putrajaya dan WP Labuan bakal dilanda hujan lebat.

Di utara, negeri Kedah bakal dilanda ribut petir dan hujan lebat dengan melibatkan beberapa kawasan. Antaranya daerah Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

Manakala di Perak, kebanyakan kawasan turut bakal menerima hujan lebat. MetMalaysia menyenaraikan daerah Kerian, Larut, Matang Dan Selama dan Kuala Kangsar. Begitu juga daerah Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.

Terus ke Selangor, daerah yang dijangka bakal hujan lebat hanya Hulu Selangor, Gombak, Hulu Langat dan Sepang

Amaran hujan lebat dan angin kencang ini turut dikeluarkan bagi kebanyakan kawasan di Negeri Sembilan. Antara daerah yang tersenarai termasuk Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah dan Rembau.

Sementara itu, Melaka juga bakal menerima hujan lebat yang melibatkan dua daerah iaitu Alor Gajah dan Melaka Tengah.

Melihat keadaan di Sarawak, kebanyakan kawasan juga menerima amaran hujan lebat daripada MetMalaysia. Antara daerah yang menerima amaran tersebut ialah Kuching (Kuching), Serian, Samarahan (Samarahan dan Simunjan), Sri Aman dan Betong (Betong). Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang turut tersenarai.

Di Sabah, MetMalaysia menjangkakan hujan lebat dan angin kencang di beberapa daerah termasuk Pedalaman, Pantai Barat (Papar dan Ranau) dan Sandakan (Telupid dan Beluran).

Kredit: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia)

Sehubungan dengan itu, orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati ketika memandu dan pastikan langkah keselamatan diambil.

Terdahulu, pihak MetMalaysia juga telah mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan pada tahap waspada bagi beberapa kawasan bermula 4 Januari sehingga 6 Januari.

“Hujan berterusan dijangka berlaku di negeri Kelantan meliputi daerah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli dan Tanah Merah. Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai juga termasuk. Manakala seluruh Terengganu diminta berhati-hati. Di Pahang, amaran melibatkan Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin. Manakala di Johor, hanya daerah Mersing dan Kota Tinggi terlibat,” maklum jabatan tersebut.

BACA: Dua Maut Kereta Jatuh Gaung

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) (1) (2)