Siakap Keli
Amaran Hujan Berterusan ditamatkan
Gambar: Bernama

Amaran Hujan Berterusan Di Empat Negeri Ditamatkan – METMalaysia

Amaran Hujan Berterusan Di Empat Negeri Ditamatkan – METMalaysia

KUALA LUMPUR, 5 Jan (Bernama) — Amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor yang dikeluarkan pada 1 Jan lepas, kini ditamatkan.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan berdasarkan analisis model-model cuaca, menunjukkan cuaca dijangka bertambah baik dan tiada potensi hujan berterusan di negeri-negeri terbabit.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web serta media sosial rasmi MetMalaysia dan aplikasi mudah alih myCuaca.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan melalui talian hotline MetMalaysia 1-300-22-1638.

Sumber: BERNAMA

BACA: Pemain Man United Takut Nak ‘Fight’ Liverpool – Amorim

BACA: Ini Daftar 20 Model Telefon Terlaris Dijual Dalam Sejarah

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.