Kumpulan Pekerja Binaan Baca Doa Sebelum Mula ‘Sibuk’ Raih Perhatian Ramai
Kawasan tapak pembinaan ibarat sebuah ‘dunia kecil’ yang jarang sekali sunyi, kerana adanya bunyi bising pelbagai mesin berat.
Tidak hanya itu, panas terik matahari menjadi ‘teman rapat’ yang tidak pernah gagal menyapa setiap individu yang bekerja keras di bawahnya.
Itulah cabaran yang sudah sebati dengan mereka yang bergelut di tengah-tengah kepulan debu itu.
Alunan merdu bacaan doa terdengar di celah hiruk-pikuk kawasan tapak binaan
Baru-baru ini, video TikTok @yih1992 mencuri perhatian, memaparkan detik indah kumpulan pekerja binaan membaca doa dengan alunan merdu.
Difahamkan, bacaan doa di situ telah menjadi rutin harian setiap pagi sebelum Taklimat Keselamatan atau “Toolbox Talk” bermula.
Taklimat ini, yang wajib dihadiri semua pekerja, bertujuan memastikan keselamatan mereka semasa bekerja.
Menurut pemilik video, doa ini dibacakan oleh individu yang sama setiap hari kecuali jika individu tersebut bercuti atau tiba lewat.
Menariknya, pembaca doa itu bukan calang-calang orangnya.
Beliau merupakan seorang Hafiz Al-Quran dan Ustaz Tahfiz dari Bangladesh yang kini bekerja di tapak binaan tersebut.
@yih1992 Replying to @ajiqahhriii Kat Bangladesh dia ustaz tahfiz.
@yih1992 Surah an- nisa #fyp #hujan #ltsipproject #hafiz #bangladesh #malaysia
@yih1992 Replying to @RaziRamli Biasa bacaan al-quran dan doa dibaca ketika Toolbox Talk setiap pagi. Biasa yang baca doa berlainan pekerja bergantung siapa yang sampai dulu.😅 #construction #malaysia #bangladesh #fyp #ltsipproject
Video tersebut lantas membangkitkan pelbagai reaksi positif di kalangan warga maya.
Ramai yang tersentuh dengan keindahan bacaan doa tersebut dan mendoakan kesejahteraan mereka.
Selain itu, ada juga yang berkongsi pengalaman serupa di tempat kerja masing-masing.
“Sebak bila dengar bacaannya yang merdu. Semoga barokah dan makbul hajatnya,”
“Masya Allah dia masih menjaga Al-Quran walaupun di mana berada. Semoga Allah perlihara mereka yang menjaga hafalan Al-Quran,”
“Terbaik. Nak dapat pekerja macam ni saya rasa satu dalam sejuta,”
“Kilang saya pun sama, yang muslim baca doa waktu pagi dan yang bukan muslim ikut berdiri dengar baca doa,”
BACA: Ini Sebab Ronaldo Diberi Layanan Istimewa Di Al-Nassr – Stefano Pioli
BACA: Maybank Lancar Ciri Keselamatan Baharu ‘Money Lock’
BACA: Laungan “Hidup Bosku” Iringi Kehadiran Najib Di Istana Kehakiman
Sumber: TikTok @yih1992