Siakap Keli
Ronaldo istimewa di Al-Nassr
Gambar: AFP

Ini Sebab Ronaldo Diberi Layanan Istimewa Di Al-Nassr – Stefano Pioli 

Ini Sebab Ronaldo Diberi Layanan Istimewa Di Al-Nassr – Stefano Pioli 

Bekas pemain Manchester United (MU) yang kini bintang Al-Nassr, Cristiano Ronaldo, terus menjadi perhatian dengan prestasi luar biasanya dalam dunia bola sepak.

Sejak menyertai kelab Arab Saudi pada 2023, beliau telah mempamerkan aksi memukau dengan mencatatkan 80 gol dalam 89 penampilan.

Malah, pada usia 39 tahun, Ronaldo masih mengekalkan momentum terbaik dalam kariernya, menjadi sumber inspirasi kepada rakan sepasukan dan jutaan peminat di seluruh dunia.

Mengapa Ronaldo dilayan ‘berbeza’?

Pengurus Al-Nassr, Stefano Pioli mendedahkan bahawa Ronaldo menerima layanan ‘istimewa’ berbanding pemain lain.

Menurut Pioli, sikap profesional dan dedikasi tinggi yang ditunjukkan oleh pemenang lima kali Ballon d’Or ini menjadikannya luar biasa.

“Jika saya tiba setengah jam lebih awal, Ronaldo sudah ada 25 minit lebih awal. Dia sentiasa yang pertama menaiki bas.

“Dia seorang ‘perfectionist’ yang menuntut banyak daripada dirinya sendiri dan orang lain,” kata Pioli dalam satu temu bual bersama Gazzetta dello Sport.

Tambahnya, Ronaldo bukan sahaja berdedikasi untuk dirinya tetapi juga untuk pasukan.

Beliau membantu, memberi nasihat dan kadangkala diberi kepercayaan untuk berbicara kepada rakan sepasukan.

Walaupun Ronaldo tidak dilayan seperti pemain lain, Pioli menjelaskan bahawa pemain itu menghormati peranannya sebagai jurulatih serta peranan Ronaldo dalam pasukan.

Ronaldo dan Zlatan Ibrahimovic?

Dalam pada itu, Pioli juga pernah bekerjasama dengan Zlatan Ibrahimovic semasa mereka bersama AC Milan dan berjaya memenangi gelaran Serie A.

“Mereka mempunyai karakter yang berbeza. Ibra seorang yang beremosi dan mempunyai personaliti dominan.

“Cristiano, pula, adalah legenda global. Dia mempunyai sasaran 1,000 gol rasmi dalam mindanya, dan saya yakin dia akan mencapainya kerana dia tidak jauh dari itu,” ujar Pioli apabila ditanya tentang perbezaan antara Ronaldo dan Ibrahimovic.

Untuk info, Ronaldo dijangka akan terus bersama dengan Al-Nassr selepas rehat musim sejuk, dengan perlawanan menentang Al Akhdoud dalam aksi berikutnya.

Bagaimanapun, kontraknya bersama Al-Nassr dilaporkan akan tamat pada musim panas 2025.

Walaupun Ronaldo ‘terbuka’ untuk meninggalkan Al-Nassr, beliau sangat berhasrat untuk memenangi kejuaraan liga Arab Saudi sebelum berpisah.

BACA: Rasmi, PSSI Pecat Shin Tae Yong

BACA: “Kami patut menang” – Bruno

BACA: Arif Aiman ‘Diserang’ Penyokong Iran

Sumber: Goal

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.