“Kami patut menang” – Bruno
Kapten Manchester United, Bruno Fernandes meluahkan rasa kecewa selepas pasukannya terikat 1-1 dengan Liverpool awal pagi tadi.
Ketika ditemu bual selepas perlawanan, pemain kelahiran Portugal itu turut mempersoalkan mengenai prestasi The Red Devils yang tidak konsisten.
Tak boleh Ke Man United Bermain Seperti Ini?
“Kami telah dikritik dan memang wajar. Kedudukan kami dalam liga membuktikan segalanya, dengan kami telah kehilangan terlalu banyak mata.
“Walaupun hari ini seri, kami tidak boleh berpuas hati dengan satu mata. Kami memerlukan mata dan kami sepatutnya menang di akhir perlawanan, tetapi ini keputusan yang adil. Kedua-dua pasukan bermain dengan baik.
“Saya cukup kecewa. Jika kami menunjukkan tahap ini di Liverpool, yang pertama dalam liga, mengapa kami tidak boleh melakukannya di mana-mana?
“Ia sangat mengecewakan saya. Dalam masa yang sama, saya akhirnya bermain dengan baik.
“Saya berkata kami perlu memberikan lebih daripada yang kami lakukan sebelum ini dalam musim ini,” katanya kepada Sky Sports.

Tambah Bruno lagi, dia tahu betapa sukarnya bermain di Anfield ketikab berdepan musuh ketat, Liverpool.
“Hari ini kami berusaha segenap cara dalam perlawanan, bermain dengan penuh semangat dan yakin.
“Anda dapat melihat jika berusaha, kami boleh melakukan sesuatu yang lebih dari keputusan ini.
“Jadi, ia tidak boleh berhenti di sini, kami perlu membawa kekecewaan ini ke perlawanan seterusnya untuk berada di tahap seterusnya.
“Kalau kami boleh melakukannya di Anfield, kami boleh melakukannya di mana-mana,” ujarnya lagi.
Dalam perlawanan semalam, United terlebih dahulu di hadapan menerusi jaringan Lisandro Martinez dengan satu rembatan kencang untuk menewaskan penjaga gol tuan rumah.
Namun, The Red tidak berdiam diri dengan membalas dua gol menerusi Cody Gakpo dan penalti dari Mohamed Salah.
Amad Diallo sekali lagi muncul penyelamat United untuk mencuri 1 mata di kandang lawan, sekaligus menunda seketika kemenangan pendahulu liga itu.
Manchester United kini berada di tangga ke-13 liga dengan 23 mata daripada 20 perlawanan. Manakala Liverpool mengutip 46 mata selepas 19 perlawanan.
Sumber: Premier League
BACA: Terima Pingat Kebebasan Presiden AS, Messi Hantar Surat Tak Hadir
BACA: Pemain Man United Takut Nak ‘Fight’ Liverpool – Amorim