PETRONAS Diiktiraf Jenama Minyak & Gas Paling Kukuh Di Dunia Pada 2024
KUALA LUMPUR — Syarikat minyak dan gas Malaysia sekali lagi dinobatkan sebagai jenama minyak dan gas terkuat di dunia bagi tahun 2024.
Kecemerlangan PETRONAS terbukti menguasai 10 jenama minyak dan gas terkuat bagi tahun lepas.
Menerusi Brand Finance, sebuah badan perundingan bebas yang memberikan nilai Indeks Kekuatan Jenama atau Brand Strength Index (BSI) sebanyak 87.8 kepada PETRONAS berbanding skor sebelum ini, 87.7.
Senarai 10 jenama minyak dan gas terkuat di dunia
Selain PETRONAS yang menjadi peneraju carta itu adalah syarikat minyak dan gas serantau Pertamina (Indonesia) dengan skor 84.4.
Sementara di kedudukan ketiga merupakan syarikat dari India, IndianOil dengan skor 83.2.
Berikut adalah senarai kedudukan skor;
PETRONAS (Malaysia) – 87.8
Pertamina (Indonesia) – 84.4
IndianOil (India) – 83.2
PTT (Thailand) – 82.4
ADNOC (UAE) – 80.2
HPCL (India) – 80.2
Bharat Petroleum (India) – 79.9
Sinopec (China) – 79.2
Reliance (India) – 78.7
Equinor (Norway) – 77.9
https://www.instagram.com/p/DEUDcxsTR1Q/
Pada awal tahun lalu, SK turut melaporkan Brand Finance mengiktiraf PETRONAS sebagai jenama minyak dan gas paling kuat/kukuh di dunia pada 2024.
Pengiktirafan tersebut diberikan melalui satu laporan yang diterbitkan Brand Finance di laman web mereka.
Menurut Brand Finance, PETRONAS yang mendapat penarafan AAA berjaya mencatatkan skor sebanyak 87.7 mata dalam Indeks Kekuatan Jenama (BSI), untuk muncul sebagai peneraju senarai itu.
Dalam pada itu, PETRONAS juga berjaya muncul dalam senarai 10 jenama minyak dan gas paling bernilai di dunia pada 2024.
Menurut Brand Finance Directory, jenama PETRONAS dianggarkan bernilai sebanyak USD 14.561 bilion (USD1/RM4.7215) untuk berada di tangga ke-10 pada 2024.
Nilai jenama kebangsaan rakyat Malaysia itu mencatatkan kenaikan sebanyak 15 peratus, berbanding nilai yang dicatatkan pada 2023 iaitu sebanyak USD12.712 bilion.
Sementara itu, jenama syarikat pengeluar minyak gergasi United Kingdom (UK), Shell yang dianggarkan bernilai USD50.32 bilion muncul sebagai jenama minyak dan gas paling bernilai di dunia pada 2024.
Kedudukan berkenaan kemudian diikuti Aramco (Arab Saudi) dengan nilai USD41.562 bilion dan PetroChina (China) dengan USD28.5 bilion.
Satu lagi syarikat pengeluar minyak di China, Sinopec menduduki tangga ke-4 dengan nilai sebanyak USD26.65 bilion dan diikuti BP (United Kingdom) di tangga ke-5 dengan nilai sebanyak USD18.53 bilion.
Sumber: Seasia stats