Siakap Keli
elon musk minat beli liverpool
Gambar: AFP

Elon Musk Minat Beli Liverpool

Elon Musk Minat Beli Liverpool

Minat manusia terkaya di dunia, Elon Musk untuk memiliki kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool disahkan sendiri oleh ayahnya kepada media baru-baru ini.

Errol Musk mendedahkan perkara tersebut ketika menjawab soalan yang diajukan pengacara program Times Radio berhubung laporan yang mengaitkan anaknya dengan kelab berkenaan, lapor Talk Sport.

“Saya tidak boleh komen mengenainya kerana mereka akan menaikkan harga. Tetapi, ya (Elon ada menyatakan minat), namun belum tentu dia akan membeli kelab tersebut,” kata Errol.

Berbicara lebih lanjut tentang persoalan berkenaan, beliau turut memberitahu mana-mana individu pun pasti mahu memiliki kelab bola sepak sehebat Liverpool, jika peluang datang.

Ayah dedah Elon Musk minat beli Liverpool

Errol kemudian berkongsi sejarah keluarganya yang mempunyai kaitan dengan bandar Liverpool.

“Neneknya berasal dari Liverpool dan kami mempunyai saudara-mara di sana. Kami juga cukup bertuah kerana mengenali rapat The Beatles kerana ada ahli kumpulan itu membesar dengan ahli keluarga kami.

“Jadi, kami mempunyai hubungan yang rapat dengan Liverpool,” kata Errol lagi.

Pendedahan berkenaan pantas menjadi tular di media sosial dan sudah tentu menjadi topik bualan hangat dalam kalangan peminat Liverpool.

Sebahagiannya meluahkan kebimbangan sekiranya pendedahan Errol itu benar terutamanya implikasi budaya akibat daripada pengambilalihan oleh Elon menjadi realiti.

Bagi penduduk tempatan pula, mereka meragui prinsip-prinsip yang dipegang oleh Elon sejajar dengan nilai-nilai asas kebersamaan dan keterangkuman yang dipegang kelab.

Berita Elon Musk mahu beli Liverpool kali pertama dilaporkan akhbar British

Terdahulu, berita Elon yang berminat mahu mengambil alih Liverpool pertama kali dilaporkan oleh surat khabar British, Weekday Sport.

Dalam laporan berkenaan, Elon dikatakan bersedia untuk membelanjakan sehingga £6 billion untuk memastikan hasrat berkenaan tercapai.

Akhbar berkenaan turut mendakwa bahawa Elon mahu mengembangkan pengaruhnya ke United Kingdom dan melihat Liverpool sebagai jalan untuk mencapai perkara tersebut.

Setakat Januari 2025, Elon dianggarkan memiliki aset bernilai kira-kira USD421.2 bilion.

https://x.com/DaveOCKOP/status/1876613329122132385?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1876613329122132385%7Ctwgr%5Ef7fc5433728e9224d8effa61c1df0bc389b6ba9f%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.daveockop.com%2Flatest-news%2Felon-musk-liverpool-interest%2F

BACA: Ini Sebab Kenapa Dah Tak Guna Skala Richter Untuk Sukat Gempa

Sumber: DaveOCKOP

 

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.