Terkini

Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
mengamuk motor hilang
Kredit: Detik.com

Mengamuk Sangka Motor Hilang, Rupanya Ke Kedai Berjalan Kaki

Athirah

Mengamuk Sangka Motor Hilang, Rupanya Ke Kedai Berjalan Kaki

Seorang lelaki dilapor mengamuk sehingga bertindak menghadang jalan menggunakan bangku selepas mendakwa motosikal miliknya hilang, lapor portal Detik.

Tindakan agresif suspek bagaimanapun berjaya ditenangkan oleh beberapa anggota tentera sebelum diserahkan kepada polis.

Kejadian yang berlaku kira-kira 8:50 pagi pada Sabtu lepas itu terjadi selepas lelaki berkenaan selesai membeli rokok di sebuah kedai di Sleman, Yogyakarta.

Lelaki mengamuk selepas sangka motor hilang, tak sedar rupanya ke kedai berjalan kaki

Ketua Polis Daerah Depok Barat, Asisten Komisioner Polis Andika Arya Pratama berkata, suspek menyangka motosikalnya hilang ketika dia berada di dalam kedai tersebut.

“Namun selepas disiasat, suspek sebenarnya tidak membawa motosikal ke kedai. Dia keluar dari rumahnya dengan berjalan kaki dan berada dalam keadaan mabuk ketika itu,” ujarnya.

Tambah Andika, suspek telah dibebaskan dan dibenarkan pulang ke rumah selepas dia membuat permohonan maaf di atas kekecohan yang berlaku.

Sekat jalan, marah dan herdik pengguna jalan lain yang lalu-lalang

Sementara itu, beberapa orang penduduk tempatan yang menyaksikan kejadian itu berkata, suspek turut bertindak menendang meja dan kerusi di sebuah warung terletak berdekatan kedai berkenaan.

Dia kemudian mengangkat beberapa buah bangku daripada warung tersebut dan meletakkan di tengah jalan sehingga mengganggu lalu lintas.

Beberapa pengguna jalan yang melalui jalan terserbut turut dimarahi dan diherdik oleh lelaki berkenaan.

Ekoran cemas dengan keadaan yang berlaku, mereka terpaksa berpatah balik bagi mengelak daripada perkara yang tidak diingini berlaku.

Difahamkan, kejadian amukan lelaki berkenaan turut dirakam oleh orang ramai dan tular di media sosial serta menjadi bualan dalam kalangan warga maya tempatan.

BACA: Isteri Minta Sunting Gambar Suami ‘Kumpau’ Dengan Ikan, Ini Hasilnya

BACA: Asyik Kejar Makanan Viral & Foodtruck, Sekali Lain Pula Jadi Bila Jumpa Trak ‘Istimewa’ Ni

Sumber: Detik.com