Siakap Keli
Meninggal Dunia Selepas Solat Subuh
Kredit: @tokabah5 via TikTok

Lelaki Meninggal Dunia Selepas Solat Subuh Berjemaah

Lelaki Meninggal Dunia Selepas Solat Subuh Berjemaah

Kematian adalah sebuah takdir yang pasti dan merupakan ketentuan Ilahi yang tidak dapat dielakkan. Namun, cara pemergian seseorang dalam keadaan tertentu mengundang rasa syukur dan keinsafan bagi mereka yang masih hidup.

Salah satu pemergian yang istimewa adalah apabila seseorang menghembuskan nafas terakhirnya semasa atau selepas selesai beribadah kepada Yang Maha Esa.

Umat Islam menginginkan sebuah pengakhiran kehidupan dalam keadaan yang baik dan diredhai oleh Allah SWT ataupun disebut sebagai husnul khatimah.

Sedar bahawa kehidupan ini bersifat sementara, setiap daripada kita pasti memasang impian mahu berangkat ke negeri abadi dalam keadaan mulia.

Meninggal dunia selepas menunaikan solat Subuh

Begitu jugalah dengan pengakhiran baik seorang lelaki apabila menghembuskan nafas terakhir selepas menunaikan solat subuh berjemaah di Masjid Nurul Ittifaq Taman Saga, Pahang, baru-baru ini.

Menurut video yang dikongsikan oleh @tokabah5 di TikTok, Allahyarham yang dikenali sebagai Razali Yusof pada mulanya dilihat tiba-tiba terduduk sewaktu sedang menunaikan solat fardhu.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), Allahyarham kemudian kelihatan bangun dan keluar dari masjid, sebelum duduk di atas kerusi selama beberapa minit.

Ketika itu, arwah dilihat memegang dada sambil mengusap wajahnya.

Video berdurasi 01:44 minit seterusnya menunjukkan beliau mengambil keputusan untuk masuk semula ke dalam masjid dipercayai untuk meneruskan solat subuh secara berjemaah.

Menurut @tokabah5m, Allahyarham Razali disahkan meninggal dunia kira-kira jam 7.50 pagi sewaktu dalam perjalanan ke Hospital Temerloh.

Bagaimanapun, punca pemergian beliau tidak dimaklumkan kepada orang ramai.

“Semoga roh arwah ditempatkan bersama orang-orang beriman dan beramal soleh dan di terima segala amalan.

“Insya Allah, Aamiin ya Rabbal Alamin,” ujar @tokabah5m

“Semoga pakcik dtempatkan dikalangan orang-orang yang beriman”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok memberikan pelbagai reaksi dan mengucapkan takziah atas pemergian Allahyarham Razali.

Dalam masa sama, ada yang mendakwa arwah mempunyai tanda-tanda awal sakit jantung.

“Dia meninggal semasa tengah beribadah kepada Allah SWT. Semoga kita pun meninggal dalam keadaan sedang beribadah kepada Allah SWT,” komen seorang wargamaya.

“Meninggal dunia dalam keadaan berniat untuk solat. Kematian yang sangat dicemburui,” komen seorang lagi wargamaya.

@tokabah5

solat subuh terakhir … Razali Yusof…. di sah kan meninggal dunia pukul 7.50pg dalam perjalanan ke hospital Temerloh .. semoga roh arwah ditempatkan bersama orang-orang beriman dan beramal Soleh dan di terima segala amalan insyaallah.. Aamiin ya Rabbal Alamin

♬ suara asli – TITIPAN ILAHI – TITIPAN ILAHI

Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham. Semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

BACA: Polis Mohon Bantuan Kesan Nurfildanis Airinaazureen

Sumber: @tokabah5 via TikTok

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.