Siakap Keli
Kredit: Anime Hunch

Labur Lebih RM1 Juta, Lelaki Bina Rumah Shin-chan

Labur Lebih RM1 Juta, Lelaki Bina Rumah Shin-chan

China – Pengusaha juga peminat tegar siri anime Crayon Shin-chan sanggup melaburkan lebih 3 juta Yuan (RM1,854,000) untuk membina sebuah rumah replika kediaman keluarga Nohara, lapor Anime Hunch.

Berasal dari daerah Zhejiang, Shen Yuhao membina rumah kediaman Shin-chan ini di ladang ternakan biri-biri warisan keluarganya di Yun Duo, Bandar Huzhou. Sebagai seorang graduan universiti, Shen pulang ke kampung halaman untuk mengambil alih ladang tersebut sambil menjadi pencipta kandungan agrikultur.

Berjiwa muda, Shen mengusulkan strategi yang luar biasa bagi membantu meningkatkan ekonomi setempat. Pembinaan rumah replika ini tidak hanya berasaskan kepada minat semata-mata, malah Shen berhasrat menjadikan ia sebagai tempat tarikan pelancong ke kampung halamannya.

rumah shin-chan
Kredit: Anime Hunch
Kredit: Anime Hunch

Idea pembinaan rumah replika ini muncul sewaktu Shen bersama pasukan kreatifnya berbual santai ketika mereka bekerja lebih masa.

Bagi menjadikan idea ini satu kenyataan, beberapa lawatan ke agensi perlesenan anime Crayon Shin-chan di Shanghai dilakukan. Ia bertujuan mendapatkan persetujuan bagi projek pembinaan ini.

Tanpa diduga, usaha mereka disambut dengan begitu baik oleh pihak agensi. Pelbagai bahan rujukan diserahkan oleh pihak pemegang hak milik membolehkan mereka meneliti setiap sudut dalam penghasilan rumah tersebut. Segala pembinaan termasuk pembuatan perabot dan hiasan dalaman rumah turut dibuat sendiri.

Kredit: Anime Hunch
Kredit: Anime Hunch

Kesemua usaha ini menjadikan kos melebihi nilai awal belanjawan yang dibuat iaitu 3 juta Yuan. Namun, penambahan kos ini tidak menghalang Shen meneruskan hasratnya membina rumah replika itu.

Menurutnya, sokongan kewangan daripada ibunya amat memberi makna dalam membantu Shen menjadikan rumah replika ini satu kenyataan.

“Nasib baik ibu saya menyokong usaha saya tanpa berbelah bagi, menyediakan dana permulaan bagi saya merealisasikan impian saya,” ujarnya.

Bukan itu sahaja, impian Shen turut mendapat sokongan pihak berkuasa tempatan. Jalan yang menghubungkan ladang dan rumah tersebut ditambah baik menjadi laluan yang lebih luas, sesuai sebagai tempat tarikan pelancong.

BACA: Pantai Telok Kemang Berwajah Baharu Dengan Payung Pantai Ala Bali

rumah shin-chan
Kredit: Anime Hunch
Kredit: Anime Hunch

Usaha Shen turut mendapat pujian pihak berkuasa di kampung tersebut.

“Visi Shen sebagai salah seorang generasi muda sememangnya layak dipuji. Saya tak pernah menyangka yang dia akan benar-benar bina Rumah Nohara,” ulas pegawai tempatan.

rumah shin-chan
Kredit: Anime Hunch

Tidak terhenti di situ, Shen mula memasang impian untuk mengembangkan lagi pembinaan replika seterusnya apabila perniagaannya stabil kelak. Tidak hanya ingin membina tadika Shin-chan, Tadika Futaba, malah Shen turut mempunyai impian membina replika Bandar Kasukabe berskala penuh.

BACA: Jadi Maskot TMM 2026, Ini Fakta Mengenai Beruang Matahari

Sumber: Anime Hunch

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: