Siakap Keli
Amaran hujan berterusan
Sumber: METMalaysia

Amaran Hujan Berterusan Di Tujuh Negeri – METMalaysia

Amaran Hujan Berterusan Di Tujuh Negeri – METMalaysia

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan yang diramal berlaku di tujuh negeri.

Menurut METMalaysia, negeri yang terlibat termasuklah Pahang, Johor, Negeri Sembilan, Sarawak serta keseluruhan negeri Kelantan, Terengganu dan Melaka.

Hujan sangat lebat berterusan (tahap bahaya) dijangka berlaku di Pahang membabitkan daerah Rompin, serta negeri Johor membabitkan kawasan Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Hujan lebat berterusan (tahap buruk) turut dijangka berlaku di Pahang membabitkan daerah Maran, Kuantan, Bera dan Pekan, serta negeri Johor membabitkan kawasan Tangkak, Segamat dan Muar,” tulis METMalaysia.

Dalam pada itu, hujan berterusan (tahap waspada) pula dijangka berlaku di beberapa kawasan, termasuklah keseluruhan kawasan Kelantan, Terengganu dan Melaka.

“Selain itu, ini turut membabitkan negeri Pahang di kawasan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong dan Temerloh.

“Di Negeri Sembilan, hujan berterusan dijangka berlaku di Kuala Pilah, Jempol dan Tampin.

“Manakala, di Sarawak membabitkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit) dan Bintulu,” tambah METMalaysia.

Justeru, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

BACA: Penerbangan Moscow-Dubai Utair Berpatah Balik Kerana Kemungkinan Masalah Teknikal

BACA: Penganjuran Havoc Food Festival Di Setapak Diarah Dihentikan

BACA: Latihan Percubaan PLKN 3.0 Bermula 12 Januari

Sumber: METMalaysia 

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.