Ini Sebab Kenapa Air Laut Tidak Digunakan Untuk Padam Kebakaran
Baru-baru ini, dunia digemparkan dengan kebakaran dahsyat yang melanda Los Angeles sejak beberapa hari lalu.
Pelbagai usaha dilakukan oleh pihak berkuasa tempatan untuk memadam kebakaran yang memusnahkan kawasan sekitar 29,000 ekar.
Antaranya penggunaan pesawat untuk membawa air yang telah siap diisi.
Tapi, pernahkah anda terfikir mengapa bomba tidak menggunakan air laut untuk memadamkan kebakaran yang meliputi kawasan yang luas?
Seperti yang diketahui, sebahagian besar permukaan bumi adalah hamparan lautan luas.
Tentu, terdapat sebab mengapa air ini tidak sesuai digunakan untuk proses memadam api. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsian di bawah.
Kenapa air laut tidak boleh digunakan padam kebakaran?
1. Kandungan garam yang tinggi

Seperti yang diketahui, air laut lebih masin daripada air di sungai, tasik dan kawasan lain kerana mempunyai kandungan garam yang tinggi.
Berbanding air tawar, air laut boleh merosakkan peralatan pemadam api seperti pam dan tangki dengan cepat.
Ini kerana proses hakisan pada komponen logam berlaku dengan lebih cepat.
Secara tidak langsung, perkara ini akan mengurangkan kecekapan peralatan dan meningkatkan kos penyelenggaraan.
2. Kesan terhadap alam sekitar

Selain itu, jika air laut digunakan untuk memadam api, ia boleh meningkatan tahap kemasinan pada tanah.
Perkara ini akan menjejaskan dan merosakkan tanah (ekosistem) tempatan ekoran peningkatan kadar garam dalam tanah.
Dalam bahasa yang mudah, air laut dapat menghalang pertumbuhan tanaman kerana mempengaruhi proses emosis (proses akar serap air).
3. Risiko keselamatan

Penggunaan air laut ini mendedahkan keselamatan anggota bomba ketika memadam kebakaran.
Ini kerana air laut bersifat pengalir elektrik, yang boleh meningkatkan risiko renjatan elektrik.
4. Akses yang sukar

Jika kita berfikir secara logik, kebakaran tidak semestinya berlaku di kawasan pantai atau berdekatan dengan laut.
Bagaimana jika kebakaran berlaku di kawasan pedalaman? Timbul persoalan bagaimana langkah untuk mengangkut atau mengalirkan air laut.
Sudah tentu ia memerlukan infrastruktur khas dan kos tambahan untuk mengambil air ini.
Disebabkan itu, air laut tidak praktikal dalam situasi kecemasan kerana memerlukan masa dan sumber.
Sumber: Suara.com, Kompas.com