Ini Sebab Piala Super Sepanyol Berlangsung di Jeddah, Arab Saudi
Awal pagi tadi telah berlangsung perlawanan akhir Piala Super Sepanyol antara FC Barcelona dan Real Madrid di King Abdullah Sport City, Arab Saudi.
Perlawanan akhir itu menyaksikan Barcelona membelasah Real Madrid 5-2 walaupun terpaksa bermain dengan 10 orang pemain pada minit ke-56.
Gol-gol Barcelona dijaringkan oleh Lamine Yamal, Lewandowski, Alejandro Balde dan dua gol disumbangkan Raphinha.
Tapi kenapa perlawanan akhir ini bermain di stadium di Jeddah, Arab Saudi dan tidak di Sepanyol?
Begini ceritanya, pada tahun 2019 Persekutuan Bola Sepak Sepanyol (RFEF) telah menandatangani perjanjian dengan Arab Saudi.
Perjanjian ini menyaksikan Arab Saudi akan menjadi tuan rumah untuk kejohanan Piala Super Sepanyol sehingga 2030 dengan bayaran €30 juta (RM139 juta) ssetiap edisi.
Tujuan perjanjian ini bagi meningkatkan pendapatan liga bola sepak Sepanyol dan meluaskan lagi pengaruh bola sepak Sepanyol di peringkat global.
Namun, keputusan ini telah menimbulkan kritikan, terutamanya berkaitan dengan isu hak asasi manusia dan keserataan gender di Arab Saudi.
Format kejohanan ini juga diubah dari dua pasukan kepada empat pasukan iaitu dua pasukan teratas La Liga dan finalis Piala Raja Sepanyol.
Begitulah ceritanya kenapa perlawanan ini diadakan jauh lebih 5,000km dari ibu negara Sepanyol, Madrid.
Sumber: AS TV