9 Cedera Dalam Pelanggaran 43 Kenderaan Di Korea Selatan
SEOUL, 14 Jan (Bernama-Xinhua) — Sembilan orang cedera pada Selasa dalam nahas jalan raya membabitkan 43 kenderaan di barat Korea Selatan, lapor Xinhua.
Menurut agensi berita Yonhap, pelanggaran berangkai itu berlaku kira-kira 5.50 pagi waktu tempatan (2050 GMT Isnin) di sebuah lebuh raya berhampiran Goyang, di barat ibu kota Seoul.
Sembilan pemandu mengalami kecederaan dan dihantar ke hospital berhampiran.
Polis dan bomba mengawal serta membersihkan jalan di lokasi kemalangan dan menyebabkan kesesakan lalu lintas sepanjang tiga kilometer.
Nahas dipercayai berpunca akibat lapisan ais hitam, iaitu lapisan ais nipis di jalan raya akibat salji cair.
BACA: Eksport Durian Vietnam Cecah RM14.85 Bilion
BACA: Warga Malaysia Antara Yang Cedera Insiden Letupan Bom Berhampiran Balai Polis
BACA: Gunung Ibu Di Indonesia Meletus, Orang Ramai Digesa Jauhi Zon Bahaya
Sumber: BERNAMA