Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

KUALA LUMPUR – Perhimpunan Bulanan Kementerian Kerja Raya (KKR) kali ini menjadi platform perkongsian pencapaian KKR sepanjang tahun 2024 untuk dijadikan pemangkin semangat dan iltizam dalam melaksanakan tanggung jawab yang diamanahkan bagi membuka tirai tahun 2025. Ini selari dengan amanat tahun baharu 2025 yang saya sampaikan dengan fokus untuk membangunkan infrastruktur negara yang mampan, berkualiti dan memberi manfaat langsung kepada rakyat secara konsisten.
2. Sepanjang tahun 2024, pelbagai kejayaan dan pencapaian telah berjaya dijelmakan hasil kerjasama dan kerja keras semua pihak terlibat. Bagi penyenggaraan Jalan Persekutuan dan Jalan Sekunder di Semenanjung Malaysia, sebanyak RM1.162bilion telah dibelanjakan untuk Penyengaraan Berkala Pavemen (turapan permukaan jalan rosak) dengan jumlah panjang jalan sebanyak 1,396.37 kilometer manakala Penyenggaraan Berkala Bukan Pavemen (penyenggaraan perabot jalan, papan tanda jalan) yang telah dilaksanakan berjumlah RM147.6juta.
3. Selain itu, bagi Penyenggaraan Rutin, sepanjang 14,886km juga telah disenggara dengan kos RM434.1juta, Peruntukan khas Performance-Based Contract (PBC) sebanyak RM169.99juta, Penyenggaraan Jambatan sebanyak RM14.98juta, Penyenggaraan Lampu Jalan dan Lampu Trafik sebanyak RM90.5juta.
4. Penyenggaraan jalan di Sabah, Sarawak serta Wilayah Persekutuan Labuan pula adalah sebanyak RM319.51juta untuk Penyenggaraan Berkala Pavemen (257.03km), RM45.44juta untuk Penyenggaraan Berkala Bukan Pavemen, RM97.18juta untuk Penyenggaraan Rutin (3,205km), RM4.99juta untuk Penyenggaraan Jambatan dan RM13.05juta untuk Penyenggaraan Lampu Jalan dan Lampu Trafik. Disamping itu, sebanyak 51,141 lubang jalan di Jalan Persekutuan berjaya ditampal dalam tempoh 24 jam.
5. Bagi Mitigasi Blackspots (Kawasan Kerap Kemalangan), sebanyak 86 lokasi Blackspots bernilai RM31.43juta telah berjaya dirawat. Antara jenis rawatan yang dilaksanakan ialah pemasangan tanda amaran, retro-reflective pavement markers (RRPM) dan papan tanda chevron dan lampu amber, pemasangan tandaan jalan seperti arrow marking dan jalur rentas kuning, pemasangan lampu jalan dan pemasangan lampu isyarat di persimpangan.
6. Dalam memastikan jaringan perhubungan jalan raya sentiasa ditambah baik, Jabatan Kerja Raya (JKR) telah berjaya menaik taraf Jalan Persekutuan FT005: Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (Teluk Intan – Kampung Lekir) sejauh 31.5km.
7. Kejayaan lain adalah pembinaan jambatan merentasi Sungai Kuantan yang menghubungkan Bandar Kuantan ke Bandar Putra, Tanjung Lumpur, Pahang.
8. Menyedari kepentingan laluan penduduk Pantai Timur yang menghubungkan Lembah Klang dengan negeri Pahang dan Kelantan, pembinaan Lingkaran Tengah Utama (LTU) terus dipergiat. Sehingga 31 Oktober 2024, sebanyak 66.45% laluan telah berjaya disiapkan dengan pecahan seperti berikut:
Pakej 1: Kuala Krai – Jambatan Sungai Lakit (16.60% Siap)
Pakej 2: Jambatan Sungai Lakit – Gua Musang (25.42% Siap)
Pakej 3: Gua Musang – Kampung Relong (86.07% Siap)
Pakej 4: Kampung Relong – Raub (72.70% Siap)
Pakej 5: Raub – Bentong (Sudah Dibuka)
Pakej 6: Bentong – Persimpangan Lpt (33.60% Siap)
9. Rakyat MADANI di Sabah dan Sarawak pula mendapat manfaat dari jaringan Lebuhraya Pan Borneo (LPB) dengan status pembinaan LPB Sarawak kini 99.50% siap, manakala LPB Sabah Fasa 1A sudah 78% siap dan Fasa 1B kini diperingkat Kerja Awalan (2.4%) dan dijangka siap pada 2029. Bagi jalan raya Sarawak – Sabah Link Road (SSLR) Fasa 1 sepanjang 77 km dari Lawas ke Persimpangan Long Lopeng, projek ini telah mencapai 44% kemajuan kerja dan dijangka siap pada tahun 2026.
10. Pembangunan lebuhraya dibawah seliaan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) juga mencatatkan beberapa kejayaan. Dua seksyen Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) berjaya dibuka kepada pengguna iaitu Seksyen 11 (Taiping – Beruas, Perak) sepanjang 35.5km pada 12 Mac 2024 dan Seksyen 1 (Banting – South Klang Valley Expressway-SKVE, Selagor) sepanjang 12.5km pada 30 Ogos 2024.
11. Bagi perkhidmatan operasi lebuhraya pula, Sistem Kutipan Tol Secara Pembayaran Terbuka telah dilaksanakan di 19 lebuhraya. Pembinaan Tempat Teduhan Penunggang Motosikal telah siap dibina di 79 lokasi dan Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban telah siap dibina dan dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri serta turut menjadi R&R pertama memperoleh Sijil Green Building Index (GBI) Gold Rating. Pada 2024 juga, LLM telah melancarkan MHAlert dan Highway Crisis Control And Command Centre (Hi4C) iaitu inisiatif Pengurusan Bencana di Lebuh Raya Bertol selain berjaya menyediakan 114 poin Pengecas Pantas Kenderaan Elektrik (EVCS) disepanjang lebuhraya.
12. Selaras dengan usaha transformasi meningkatkan kecekapan, ketepatan, dan kerjasama sektor pembinaan melalui teknologi, pelaksanaan BIM (Building
13. Information Modelling) menyaksikan 258 projek dibawah seliaan JKR telah mengadaptasi BIM dan seramai 351 pegawai JKR menerima pensijilan kepakaran BIM. Pemerkasaan BIM dibawah Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) turut dilaksanakan melalui Program Latihan BIM yang melahirkan 1,464 peserta manakala untuk Program Latihan Sistem Binaan Berindustri (IBS) pula telah melatih 800 peserta.
14. Dalam mengorak langkah pada tahun 2025, perkara pokok pertama yang ingin saya capai dalam resolusi tahun ini adalah supaya semua warga KKR dan agensi membuat anjakan paradigma sikap, budaya, tenaga dan semangat kerja yang bersungguh-sungguh, beretika, cekap, amanah dan berintegriti bagi kita melaksanakan tugas dengan lebih ‘bermakna’ pada tahun ini. Ia selaras dengan intipati amanat tahun baru dan ucapan YAB Perdana Menteri di Forum Ekonomi Malaysia baru-baru ini.
15. Formula bagi anjakan paradigma ini ialah penerapan sikap kerja gandingan antara ‘Sense of Urgency’ dan ‘Action Speaks Louder Than Words’. Tanggung jawab kerja KKR ada melibatkan nyawa manusia, jadi ‘sense of urgency’ ini merupakan prioriti dalam pelaksanaan tugas manakala pelaksanaan ‘tindakan’ merupakan cerminan terhadap kualiti perkhidmatan kepada rakyat.
16. Usaha pemerkasaan program MYJalan sebagai agenda ‘program negara’ akan diteruskan dengan meningkatkan kolaborasi dan kerjasama daripada semua pihak berkepentingan selaras konsep ‘whole of government approach’ untuk bersama-sama mengangkat mesej keselamatan dan kesejahteraan pengguna jalan raya. Antara komitmen tersebut ialah ikrar aku janji oleh semua konsesi serta penglibatan kereta peronda penyenggaraan sebagai A-Team (Action Team) MYJalan yang juga menyokong usaha meningkatkan aspek keselamatan jalan raya Kerajaan Madani melalui kempen #jalankitaselamat. Sebanyak 93.42% (21,085) daripada 22,571 aduan diterima sepanjang Januari 2024 hingga November 2024 telah Berjaya diselesaikan. Kesemua aduan ini diterima daripada 12 saluran termasuk aplikasi MYJalan ini yang akan terus menjadi teras kepada penyampaian perkhidmatan tahun 2025.