Siakap Keli
pemburu koin jagat
Gambar: Tribune ID

Viral Fasiliti Awam Di Indonesia Rosak, Didakwa Dicungkil Pemburu ‘Koin Jagat’

Viral Fasiliti Awam Di Indonesia Rosak, Didakwa Dicungkil Pemburu ‘Koin Jagat’

Aktiviti memburu syiling atau ‘Koin Jagat’ yang boleh ditukar dengan wang oleh orang ramai menyebabkan banyak fasiliti awam di Bandung, Indonesia mengalami kerosakan, lapor Kompas.com.

Ketua Jabatan Perumahan dan Kawasan Penempatan (DPKP) Kota Bandung, Rizki Kusrulyadi, susulan itu menggesa penyedia aplikasi berkenaan untuk mengawal aktiviti tersebut.

“Ketika ini kami sedang melakukan pembaikan dan mencegah kerosakan yang berlaku akibat daripada aktiviti memburu koin jagat ini,” katanya.

Menurut Rizki, kawasan taman-taman di Bandung merupakan antaran fasiliti awam yang terjejas teruk dengan aktiviti tersebut.

Tanaman-tanaman perdu yang berfungsi untuk menutup kawasan banyak rosak dan dipijak akibat dipijak serta dikorek oleh pemburu untuk mendapatkan syiling berkenaan.

Fasiliti awam rosak, didakwa akibat aktiviti pemburu koin jagat

Tidak hanya tanaman, kemudahan-kemudahan lain seperti jubin dan lantai turut mengalami kerosakan.

Difahamkan, pemburu mengangkat atau mencungkil jubin yang dipasang kerana menyangkan syiling yang diburu tersembunyi dibawahnya.

“Kemudahan utiliti yang disimen juga turut dicungkil oleh pemburu, walaupun pada hakikatnya tidak mungkin koin jagat ditanam dibawah kemudahan-kemudahan itu,” kata Rizki lagi.

Dalam pada itu, pembangun aplikasi berkenaan mendakwa aktiviti memburu koin jagat di kawasan luar itu bertujuan untuk mengajak orang ramai menikmati keindahan alam hijau.

“Alasan mereka mahu orang awam memanfaatkan kemudahan awam dan mendakwa aktiviti itu sudah berjaya dilaksanakan di bandar-bandar lain.

“Tetapi, cara pemburu koin jagat ini tidak boleh diterima dan amat mengganggu kami,” tegas Rizki.

Terima pelbagai komen daripada warga maya

Susulan itu, pemerintah kota Bandung menggesa pemburu koin jagat menghentikan kegiatan masing-masing, terutamanya dalam kawasan awam yang berada dibawah pentadbirannya.

Manakala fasiliti awam yang rosak harus dibaiki oleh pembangun aplikasi syiling berkenaan.

Terdahulu, beberapa video yang menunjukkan aktiviti pemburu koin jagat ini dan keadaan fasiliti awam yang rosak turut menjadi tular di media sosial.

Hantaran-hantaran yang dikongsikan, terutamanya menerusi platform TikTok mendapat perhatian warga maya yang memberikan pelbagai komentar berhubung perkara tersebut.

@kumparan

Pencarian koin di Kota Bandung mengakibatkan kerusakan sejumlah fasilitas umum, khususnya di taman-taman kota. Di Taman Tegallega, kerusakan meliputi lantai taman yang hancur seperti bekas dicungkil, tanaman terinjak, dan tanah yang digali. Bahkan, tutup lampu penerangan taman juga ikut dicungkil oleh warga yang mencari koin. Kerusakan serupa dilaporkan terjadi di taman-taman tematik lain, seperti Taman Sukajadi, Taman Vanda, Taman Superhero, Pet Park, dan Hutan Kota Babakan Siliwangi. Plt. Kepala Bidang Pertamanan dan Dekorasi DPKP Kota Bandung, Yuli Eka Dianti, menyayangkan tindakan tersebut dan menyebut bahwa keramik, tanaman, serta fasilitas taman lainnya rusak akibat pencarian ini. Yuli meminta masyarakat untuk menjaga fasilitas publik meski mengikuti tren. Ia mengapresiasi kreativitas pengembang aplikasi, tetapi berharap kegiatan tersebut tidak merusak taman kota yang seharusnya dinikmati bersama oleh warga Bandung. 📸: Dok. kumparan/Robby Bouceu. Follow WhatsApp Channel kumparan untuk dapat Informasi terpercaya dikirim langsung ke WhatsApp kamu. Ketik kum.pr/WAchannel di browser kamu sekarang, agar bisa share informasi tanpa ragu. #focus #carikoin #news #videonews #kotabandung #fasilitasumum #tamankota #pencariankoin #jagafasilitas #bandungjuara #info #beritaterkini #berita #infoterkini #bicarafaktalewatberita #kumparan

♬ original sound – kumparan – kumparan

@liputan6.sctv

Tren viral mencari koin untuk ditukarkan dengan uang mendapat keluhan, karena bikin fasilitas umum rusak. #liputan6 #newssctv #liputan6sctv #fypage #viral #fyp #fyppage #trending #beritaterbaru #beritatiktok #trend #berita #liputan6terkini

♬ suara asli – Liputan6 SCTV – Liputan6 SCTV

@officialinews

Fenomena orang-orang mencari Koin Jagat yang bernilai fantastis menghebohkan media sosial. Maraknya kegiatan mencari Koin Jagat ini mengakibatkan fasilitas umum di beberapa wilayah di Indonesia rusak. Salah satunya sejumlah taman. Sejumlah warga terutama remaja terlihat mengitari areal taman, menginjak, hingga mencongkel tanaman untuk menemukan koin dari sebuah aplikasi bernama jagat. Koin tersebut disebut bisa ditukar dengan uang melalui kode yang tertera dengan nominal variatif, mulai dari Rp300 ribu hingga Rp100 juta. di Kota Bandung yang diserbu para pemburu Koin Jagat. Baca selengkapnya di sini: https://www.inews.id/lifestyle/seleb/viral-tren-mencari-koin-jagat-senilai-rp100-juta-populer-di-bandung-hingga-surabaya #KoinJagat #FasilitasUmum #ViralBandung #TamanKota #Rusak #App#Jagat

♬ suara asli – OfficialiNews – OfficialiNews

BACA: Polis Berhak Periksa Telefon Orang Awam Jika Ada Syak Wasangka Munasabah – Razarudin

BACA: Untung Banyak, Evergreen Bagi Kakitangan Bonus 20 Bulan

Sumber: Kompas.com

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.