Siakap Keli
Amaran ribut petir
Sumber: METMalaysia

Amaran Ribut Petir Di 7 Negeri – METMalaysia

Amaran Ribut Petir Di 7 Negeri – METMalaysia

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan hingga 6 petang ini.

Dalam kenyataan tersebut, negeri yang terlibat adalah Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Sarawak dan Sabah, selain keseluruhan negeri Pulau Pinang. 

“Di Kedah, daerah yang terlibat adalah Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu, selain Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak dan Kuala Kangsar di Perak.

“Manakala di Kelantan, daerah yang terlibat adalah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

“Selain itu, negeri Terengganu membabitkan daerah Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun,” maklum METMalaysia.

Beralih ke Sarawak, daerah yang terlibat adalah Bintulu (Bintulu dan Sebauh), Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang (Limbang).

Di Sabah pula membabitkan daerah Pantai Barat (Ranau), Sandakan (Beluran) dan Kudat (Pitas dan Kudat).

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

BACA: LA Kini ‘Diselimuti’ Warna Merah

BACA: Ini Sebab Kebakaran LA Sulit Dipadamkan

BACA: “Kakak dah tak tahan ibu..” Video Ibu Peluk Anak Runtun Hati Orang Ramai

Sumber: METMalaysia

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.