Siakap Keli
Haji Nik Hasyudeen Yusoff
Kredit: Bernama

Bekas CEO Tabung Haji Nik Hasyudeen Yusoff Dilantik Ahli Lembaga Pengarah SC

Bekas CEO Tabung Haji Nik Hasyudeen Yusoff Dilantik Ahli Lembaga Pengarah SC

KUALA LUMPUR, 15 JAN (Bernama) — Bekas Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Lembaga Tabung Haji, Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff dilantik sebagai ahli Lembaga Pengarah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) untuk tempoh dua tahun, berkuat kuasa 15 Jan, 2025.

Dilantik oleh Menteri Kewangan, Lembaga Pengarah SC bertanggungjawab untuk memantau keseluruhan tadbir urus SC dan mempunyai pengawasan terhadap mandat kawal selia dan pembangunannya, kata SC dalam kenyataan hari ini.

Pengerusi SC Datuk Mohammad Faiz Azmi mengalu-alukan pelantikan Nik Hasyudeen, sambil menyatakan pengalaman lebih 30 tahun beliau dalam industri, kawal selia dan di peringkat antarabangsa akan membantu mengukuhkan Lembaga Pengarah SC dalam melaksanakan dua mandatnya.

Nik Hasyudeen kini menggangotai Lembaga Pengarah Program Felo Perdana, Petron Malaysia Refining & Marketing Berhad dan Bank Islam Malaysia Berhad.

Sebelum ini, beliau juga merupakan Pengarah Eksekutif SC yang bertanggungjawab dalam Penyeliaan Pasaran dan Korporat dan Pengerusi Eksekutif Lembaga Pemantauan Audit.

BACA: Bayi Ibu Meninggal Dalam Tidur Terima Susu Dari Ibu Arwah Adik Handzalah

BACA: 4 Risiko Kalau ECT Sensor Kereta Bermasalah, No. 2 Ramai Nak Elak

BACA: Mak Ayah Tidur Siang, Anak Kembar Lemas Dalam Kolam Ikan

Sumber: Bernama

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.