Siakap Keli
Sepasang Kembar Ditemukan Mati Lemas
Kredit: Kompas.com

Mak Ayah Tidur Siang, Anak Kembar Lemas Dalam Kolam Ikan

Mak Ayah Tidur Siang, Anak Kembar Lemas Dalam Kolam Ikan

Dua kanak-kanak kembar berusia setahun dilapor lemas dalam kolam ikan di hadapan rumah mereka di Nganjuk, Jawa Timur, Indonesia pada Jumaat lalu.

Menurut portal Kompas.com, ibu bapa kedua-dua mangsa sedang tidur ketika kejadian tersebut berlaku, kira-kira pukul 2 petang (waktu tempatan).

Peguam pemerhati dari firma guaman Yurisia, Anang Hartoyo berkata pasangan suami isteri itu boleh didakwa di bawah Perkara 359 Kanun Jenayah, sekiranya terdapat unsur kecuaian dalam tragedi tersebut.

“Ibu bapa yang tidur hingga menyebabkan kedua-dua anaknya lemas boleh dikenakan hukuman kerana kecuaian hingga menyebabkan kematian. Hukuman penjara maksimum lima tahun,” kata Anang.

Kes ini tergolong dalam kategori kesalahan umum

Tambah Anang, Perkara 304 Kanun Jenayah juga boleh diguna pakai sekiranya terbukti terdapat unsur pengabaian terhadap anak.

Akta tersebut memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun lapan bulan.

Menurut Kompas.com, kes ini tergolong dalam kategori kesalahan umum, yang bermakna ia boleh diproses oleh pihak berkuasa tanpa sebarang aduan dari pihak tertentu.

Ianya turut mempunyai kaitan dengan kepentingan awam dalam menegakkan undang-undang berhubung kematian seseorang.

Namun begitu, Anang mengingatkan kepada pihak berkuasa supaya tetap mempertimbangkan situasi dan kesan emosi yang dialami ibu bapa mangsa.

Menganggap insiden ini sebagai musibah

Sementara itu, Ketua Seksyen Perhubungan Awam Polis Nganjuk, AKP Supriyanto menjelaskan bahawa ibu bapa mangsa telah membuat surat pernyataan dan menganggap insiden ini sebagai musibah.

“(Kes) sudah diselesaikan, tidak ada proses hukuman lebih lanjut kerana ini adalah kemalangan semata-mata,” ujarnya.

BACA: Kebakaran LA: Angin Santa Ana Dijangka Kembali Mengganas

Sumber: Kompas.com

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.