Terkini

Gaya hidup
Wanita Keliru Balas Pemberian Buah Limau, Jawapan Netizen Buat Ramai Tersentuh
Tip
Cara Paling Mudah, Hilangkan Batuk Berkahak Guna Bahan Semula Jadi Ni
Trivia
Bilik Panas Waktu Malam, Ini 5 Barang Wajib Ada Kurangkan Bahang
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa Tiga Negeri Hingga Awal Pagi
Gaya hidup
Risau Anak Tak Tahu, Bapa Siap Tulis Nama Komponen Kereta
Berita
Pelajar Tahfiz Dibenar Pimpin Solat Tarawih Selain Imam Tempatan - Exco Johor
Tip
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
bayi meninggal susu ibu handzalah
Kredit: @yyunirahmani
Tiada Kategori

Bayi Ibu Meninggal Dalam Tidur Terima Susu Dari Ibu Arwah Adik Handzalah

Athirah

Bayi Ibu Meninggal Dalam Tidur Terima Susu Dari Ibu Arwah Adik Handzalah

Media tempatan sebelum ini melaporkan seorang wanita telah menghembuskan nafas terakhir ketika tidur selepas selesai menyusukan bayinya yang baru berusia dua bulan.

Susulan kematian mengejut tersebut, jenazah wanita itu dihantar ke hospital dan dibedah siasat untuk mengetahui punca kematian.

Doktor memaklumkan bahawa Allahyarhamah mengalami jangkitan di bahagian paru-paru yang dipercayai menjadi punca pemergiannya.

Dalam bulan yang sama, SK turut melaporkan seorang bayi lelaki berusia empat bulan meninggal dunia selepas dihantar ke sebuah taska yang terletak di Bandar Saujana Putra, Selangor.

Ibu kepada Khairul Handzalah Sufi mendakwa anaknya ditinggalkan bersendirian dalam sebuah bilik tanpa sebarang pengawasan sehingga ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Adik Handzalah kemudian telah dihantar ke Hospital Putrajaya dan disahkan meninggal dunia pada 5.05 petang, 3 Januari lepas.

Ibu arwah adik Handzalah beri susu kepada bayi yang ibunya meninggal dalam tidur

Dua kisah duka berkenaan ternyata mendapat perhatian masyarakat dan sehingga kini masih mengikuti rapat perkembangan terkini kedua-dua keluarga tersebut.

Baru-baru ini, keluarga kepada bayi yang ibunya meninggal dalam tidur, adik Faleeq meminta bantuan orang ramai untuk mencari ibu susukan kepada bayi tersebut.

“Wakil kelurga ibu yang meninggal dunia ini mencari ibu susuan untuk anaknya. Semoga bayi ini mendapat bantuan susu ibu segera,” ujar Nad Masrom di Facebook

Sesungguhnya, Allah SWT sebaik-baik perancang apabila permintaan tersebut sampai kepada pengetahuan Yuni Rahman, ibu kepada arwah adik Handzalah.

“Alhamdullilah Allah pertemukan kami”

Yuni dikatakan telah memberikan susu kepada Adik Faleeq dan perkara itu dikongsikan oleh beliau menerusi satu hantaran di Instagramnya, semalam.

Dalam hantaran tersebut, wanita itu turut memuat naik beberapa keping gambar yang memaklumkan bayi yang dikenali sebagai Faleeq itu juga telah menerima susu daripadanya.

“Faleeq baru kehilangan ibunya yang meninggal dunia dalam tidur. Susu Handzalah kini milik Faleeq. Percaturan Allah.

“Ibu doakan semoga awak membesar menjadi anak yang soleh dan patuh ya,” ujar @yyunirahman.

BACA: Mak Ayah Tidur Siang, Anak Kembar Lemas Dalam Kolam Ikan

BACA: 4 Risiko Kalau ECT Sensor Kereta Bermasalah, No. 2 Ramai Nak Elak

Alhamdulillah.

Sumber: @yyunirahmani via Instagram