Terkini

Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Kredit: Bernama

Kategori Kelayakan & Jumlah Bayaran SARA 2025

Azizah Najib

Kategori Kelayakan & Jumlah Bayaran SARA 2025

Kementerian Kewangan mengeluarkan kenyataan berkenaan pembayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) mengikut kategori kelayakan dan jumlah yang diterima bagi tahun ini.

Menerusi muat naik di laman Facebook, Kementerian Kewangan turut mengumumkan jadual pembayaran sumbangan kepada penerima yang layak.

“Bagi 700,000 penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sedia ada yang berdaftar di bawah eKasih, sumbangan SARA akan dikreditkan melalui MyKad masing-masing mulai hari ini, 15 Januari 2025.

“SARA merupakan pendekatan bantuan bersasar di mana sebahagian pertambahan hasil negara serta penjimatan daripada perbelanjaan subsidi diagihkan semula bagi membantu mereka yang benar-benar memerlukan.

“Penyaluran SARA yang bersasar melalui MyKad ini juga mencerminkan komitmen Kerajaan untuk mengaplikasikan teknologi digital terkini bagi memudahkan akses rakyat,” maklum kementerian tersebut.

Bagi kategori Isi Rumah (STR dan eKasih), sebanyak RM2,100 akan diterima melalui MyKad dengan pembahagian RM100 bagi Januari sehingga Mac. Sebanyak RM200 pula bakal diterima bagi April sehingga Disember.

Manakala bagi kategori Warga Emas Tiada Pasangan (STR dan eKasih), sebanyak RM1,650 akan diterima juga menerusi MyKad. Pembahagian sumbangan sebanyak RM100 sebulan bermula Januari sehingga Mac akan diterima, dengan RM150 sebulan akan diterima bermula April sehingga Disember.

Penerima sumbangan bagi kategori Bujang (STR dan eKasih) pula bakal menerima sejumlah RM600 sumbangan bagi 2025. Bermula Januari sehingga Mac, RM50 akan disalurkan kepada MyKad penerima. Begitu juga dengan baki bulan seterusnya sehingga akhir tahun.

Menerusi muat naik yang sama, seramai 4.7 juta penerima bagi kategori Isi Rumah (STR sahaja) dan Warga Emas Tiada Pasangan (STR sahaja) masing-masing menerima sumbangan berjumlah RM900 dan RM450. Bagi kategori Isi Rumah (STR sahaja), pembayaran sumbangan bermula April sehingga Disember dengan bayaran RM100 setiap bulan. Begitu juga dengan penerima dalam kategori Warga Emas Tiada Pasangan (STR sahaja), sumbangan akan mula diterima pada April sehingga Disember dengan bayaran RM50 sebulan.

Orang ramai boleh membuat semakan kelayakan SARA menerusi laman sesawang https://bantuantunai.hasil.gov.my.

Kredit: Kementerian Kewangan

BACA: Cara Semak Status SARA 2024

Sumber: Kementerian Kewangan