Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Ramai Tertanya, Ini Jumlah Bayaran Untuk Tukar MyKad Generasi Baharu

Jumlah bayaran
Kredit: Bernama

Sejak kad pengenalan atau MyKad generasi baharu diperkenalkan pada 16 September, pelbagai persoalan dibangkitkan oleh orang ramai khususnya mengenai ciri atau fungsi yang terdapat padanya.

Selain ingin mengetahui perubahan pada MyKad baharu, ramai juga tertanya-tanya mengenai proses pertukaran, siapa yang perlu mendapatkannya serta persoalan paling utama, berapa pula bayaran yang dikenakan untuk mendapatkan MyKad generasi baharu ini?

Persoalan mengenai kos tersebut mula menjadi perhatian kerana ada yang ingin mengetahui sama ada pertukaran kepada MyKad baharu melibatkan bayaran tertentu atau sebaliknya.

Bagi mengetahui lebih lanjut mengenainya, mari ikuti penjelasan dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Jumlah bayaran tukar MyKad Generasi Baharu

Menurut JPN FAQs Unlocked, bayaran yang dikenakan untuk gantian MyKad Generasi Baharu hanyalah RM10 bagi gantian biasa.

Semua rakyat Malaysia juga boleh membuat gantian MyKad kepada versi generasi baharu tersebut.

Bagaimanapun, JPN menasihatkan orang ramai supaya tidak berpusu-pusu ke pejabat JPN semata-mata untuk menukar MyKad yang masih elok.

Jika MyKad sedia ada masih dalam keadaan baik dan cipnya masih berfungsi, ia masih sah digunakan seperti biasa, termasuk bagi urusan berkaitan subsidi dan bantuan kerajaan seperti BUDI95 dan Bantuan SARA.

Namun, bagi mereka yang MyKadnya sudah patah, rosak atau cip tidak lagi dapat dibaca, pertukaran kepada MyKad Generasi Baharu boleh dilakukan apabila tiba masa untuk membuat gantian.

Jadi, tidak perlu tergesa-gesa untuk menukar MyKad jika kad sedia ada masih elok dan boleh digunakan seperti biasa.

Sebaliknya, pertukaran boleh dibuat apabila terdapat keperluan atau apabila MyKad perlu diganti.

Sumber:Threads
Intipati
  • JPN memaklumkan bayaran gantian MyKad Generasi Baharu ditetapkan pada RM10 sahaja.
  • Semua rakyat Malaysia boleh membuat gantian kepada MyKad versi generasi baharu.
  • MyKad lama masih sah digunakan jika kad elok dan cip masih berfungsi.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan