Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Amaran Hujan Lebat, Ribut Petir Libat 9 Negeri, 2 Wilayah
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan sembilan negeri dan dua Wilayah Persekutuan (WP) sehingga 8 malam ini.
Menerusi muat naik di laman Facebook, jabatan berkenaan menjangkakan seluruh negeri Perlis, Selangor, WP Kuala Lumpur dan WP Putrajaya bakal menerima hujan lebat.
Di utara, beberapa kawasan di Kedah tersenarai dalam amaran tersebut. Antara daerah yang diramal bakal terima hujan lebat termasuk Kubang Pasu, Padang Terap dan Bandar Baharu. Manakala di Pulau Pinang, hanya daerah Seberang Perai Selatan dijangka hujan lebat.
Terus ke Perak, beberapa daerah turut dijangka alami hujan lebat antaranya Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar dan Muallim.
Beralih ke pantai timur, hanya daerah Raub, Bentong dan Temerloh di Pahang dijangka hujan lebat.
Antara kawasan yang tersenarai ialah Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Jempol.
Di Johor, hanya daerah Batu Pahat, Kluang, Pontian dan Kulai dijangka hujan lebat.
MetMalaysia turut menyenaraikan beberapa kawasan di Sarawak yang bakal dilanda hujan lebat. Kawasan tersebut termasuk Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi).

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” maklum jabatan tersebut.
Berikutan itu, orang ramai dinasihatkan agar mengamalkan langkah berjaga-jaga ketika berada di luar. Elakkan berada di lokasi berisiko buat sementara waktu.
BACA: Fenomena Istiqbal Marikh Dapat Dilihat Bermula Awal Malam Ini
BACA: Menara KL Akan Pancar Cahaya Hijau, Tanda Masuk Waktu Maghrib & Isyak
BACA: Dua Cedera, Kereta Dihempap Pokok Tumbang Di Ibu Negara