Siakap Keli
Kenapa Malaysia 132 dunia
Kredit: FAMTV Malaysia

Fahami Kenapa Malaysia Di Ranking Ke-132 Dunia – Rob Friend

Fahami Kenapa Malaysia Di Ranking Ke-132 Dunia – Rob Friend

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Harimau Malaya, Rob Friend, bertekad membantu memperkasa bola sepak negara dengan berkongsi falsafah dan ilmu yang dimilikinya.

Beliau yakin usaha ini mampu mengembalikan kegemilangan Malaysia di persada bola sepak dunia.

Friend, yang juga teruja membincangkan visi bersama pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, menyatakan keyakinan terhadap usaha penstrukturan semula Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Selain itu, beliau turut menggariskan langkah strategik untuk meningkatkan keberkesanan skuad negara menjelang pembaharuan yang dirancang.

Bekas pemain bola sepak Kanada itu memaklumkan bahawa pelan jangka pendek, sederhana dan panjang telah dirangka bagi membawa Harimau Malaya ke tahap lebih tinggi.

“Semua perlu memahami mengapa Harimau Malaya berada di ranking ke-132 dunia. Kenapa belum layak ke Piala Asia? Saya tertanya-tanya. Saya perlu mengenal pasti kenapa.

“Daripada persoalan itu, kami harus merangka perancangan, strategi dan memikirkan bagaimana kami boleh memberikan kejayaan jangka masa panjang kerana saya tidak berada di sini untuk pelan yang singkat,” katanya menerusi Youtube rasmi FAM.

Dalam pada itu, Friend turut menegaskan bahawa pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2027 pada Mac ini menjadi medan ujian pertama bagi skuad Harimau Malaya.

Dalam persediaan tersebut, Friend dibantu oleh pasukan staf berpengalaman.

“Kami mengumpulkan barisan kejurulatihan terbaik dunia seperti Dr. Craig Duncan selaku Ketua Prestasi Tinggi dan Perubatan Sukan selain kehadiran ketua jurulatih, Peter Cklamovski, yang pada saya merupakan salah seorang jurulatih terbaik di dunia.

“Aksi tersebut sangat penting. Bagaimana kami boleh memberi kejayaan. Kami mahu meningkatkan kekuatan dan mencapai jangkaan semua pihak.

“Sudah tentu, ia tidak akan berlaku dalam masa satu malam sahaja. Kami mahu melonjakkan momentum untuk perancangan jangka masa panjang,” ujarnya lagi.

BACA: FAM Umum CEO Harimau Malaya

BACA: FAM Umum Nama Dua Teraju Utama Struktur Organisasi Baharu Harimau Malaya

BACA: FAM Umum Ketua Prestasi Tinggi & Perubatan Sukan Harimau Malaya

Sumber: Stadium Astro

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.