Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Terminal Bersepadu Gombak Bakal Beroperasi 16 Februari

Athirah
Terminal Bersepadu Gombak
Kredit: TBG via Facebook

Terminal Bersepadu Gombak Bakal Beroperasi 16 Februari

Terminal Bersepadu Gombak (TBG) dijangka bakal beroperasi secara rasmi pada 16 Februari 2025.

Berita berkenaan dimaklumkan oleh TBG menerusi satu hantaran laman facebook rasminya, semalam.

“Nantikan pengalaman perjalanan yang lebih mudah dan selesa,” ujar hantaran itu.

Tarikh operasi terminal yang sepatutnya dijalankan pada tahun lalu telah ditangguhkan sehingga ke hari ini tanpa sebarang kenyataan dari pihak pengurusan.

Difahamkan, semua bas yang berlepas ke atau tiba dari Pantai Timur akan beroperasi menerusi terminal baharu ini, sekaligus akan melancarkan lagi perjalanan pengguna.

Terdahulu, Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) melalui Sektor Operasi telah melaksanakan Pemeriksaan Cermat Akhir terhadap terminal berkenaan pada 9 Januari 2025.

Menurut hantaran di laman Facebook APAD, pemeriksaan bertujuan untuk menilai tahap siap siaga sistem dan fasiliti di terminal tersebut serta memberikan penarafan gred yang setara dengan kemudahan yang disediakan.

BACA: Anak Maut, Terkena Libasan Parang Ibu Sedang Bertengkar Dengan Ayah

Sumber: TBG via Facebook