Terkini

AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Nilai kekayaan Islam Makhachev 2025
Gambar: UFC

Anak Murid Khabib Kekal Juara UFC

Hannah

Anak Murid Khabib Kekal Juara UFC

Islam Makhachev berjaya mempertahankan kejuaraan lightweight UFC selepas menewaskan petarung Brazil, Renato Moicano, dalam aksi UFC 311 yang berlangsung di Intuit Dome, Los Angeles (LA), Amerika Syarikat (AS), pada Ahad.

Petarung berbakat besar dari Rusia itu hanya memerlukan satu pusingan untuk mengakhiri pertarungan menerusi kuncian D’Arce pada minit ke-4:05.

Kredit: AFP

Pertarungan bermula tenang, di mana Moicano cuba mencipta ‘tekanan’ melalui tendangan ke arah badan serta pukulan jab.

Namun, Makhachev dengan tenang mengawal situasi dan berjaya menjatuhkan Moicano ke lantai Octagon.

Di atas kanvas, Makhachev terus menguasai perlawanan dengan serangan siku dan kawalan penuh.

Tidak lama selepas itu, Makhachev ‘memerangkap’ Moicano dengan kuncian D’Arce yang sempurna, sekali gus menempah kemenangan.

Kemenangan ini mengukuhkan lagi status Makhachev sebagai juara lightweight yang sukar digugat.

Dengan rekod profesional kini mencecah 27 kemenangan dan hanya satu kekalahan, Makhachev terus membuktikan dirinya sebagai antara petarung terbaik dalam sejarah UFC.

BACA: Johor Bakal Anjur ‘Piala Dunia’

Untuk info, Makhachev, 33, merupakan anak didik bekas juara lightweight UFC, Khabib Nurmagomedov, yang mengambil alih tugas Allahyarham bapanya, Abdulmanap Nurmagomedov.

Makhachev pertama kali meraih kejuaraan lightweight UFC pada Oktober 2022 di UFC 280 selepas menewaskan Charles Oliveira dari Brazil dengan kemenangan dominan.

Sejak itu, beliau berjaya mempertahankan gelaran tersebut dengan menumpaskan Alex Volkanovski dua kali, masing-masing di UFC 284 di Perth, Australia, dan UFC 294 di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu.

Kejayaannya diteruskan apabila menewaskan Dustin Poirier di UFC 302, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai petarung nombor satu dunia dalam kategori pound-for-pound.

BACA: Haaland: Dari Kelab Kerdil Norway ke Gaji RM2.7 Juta Seminggu

Sementara itu, dalam aksi kedua utama, Merab Dvalishvili berjaya mempertahankan kejuaraan bantamweight selepas menewaskan Umar Nurmagomedov dari Rusia.

Pertarungan selama lima pusingan itu menyaksikan Dvalishvili menguasai perlawanan dengan tekanan berterusan termasuk beberapa percubaan takedown yang berjaya.

Walaupun Nurmagomedov bertahan dengan baik, ia tidak mencukupi untuk menandingi dominasi Dvalishvili.

Keputusan sebulat suara daripada juri akhirnya memihak kepada Dvalishvili, yang mencatatkan kemenangan penting dan memberikan kekalahan pertama dalam karier Umar Nurmagomedov.

BACA: Piala Malaysia: JDT Sebelah Kaki Di Final

Sumber: Astro Awani