Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Amaran Hujan Berterusan Tahap Buruk Hari Ini – METMalaysia

Iqbal Yasir
Amaran Hujan metmalaysia
Gambar: Bernama

Amaran Hujan Berterusan Tahap Buruk Hari Ini – METMalaysia

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap buruk di beberapa kawasan pada hari ini.

Dalam kenyataan tersebut, hujan lebat berterusan tahap buruk dijangka berlaku di beberapa kawasan di Sarawak melibatkan Kuching, Serian, Samarahan, Betong, Sarikei, Sibu (Sibu) dan Mukah.

Manakala kawasan Sri Aman, Sibu (Kanowit dan Selangau) dan Kapit (Song) di Sarawak diramal mengalami hujan berterusan tahap waspada.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

BACA: TikTok Umum Perkhidmatannya Di AS ‘Tidak Tersedia Buat Sementara Waktu’

BACA: Anak Pemain JDT, Nazmi Faiz Mansor Meninggal Dunia