Harga Bitcoin Melebihi US$109,000 Buat Pertama Kali Dalam Sejarah
MOSCOW, 20 Jan (Bernama-Sputnik/RIA Novosti) — Harga Bitcoin sekali lagi mencapai paras tertinggi harian bersejarah, melepasi US$109,000, menurut data dagangan pada Isnin, lapor Sputnik/RIA Novosti.
Setakat 0658 GMT, Bitcoin direkodkan pada harga US$107,646.76 di platform dagangan mata wang kripto terbesar, Binance, mencerminkan peningkatan sebanyak 1.69 peratus untuk hari itu. Sebelum itu, nilainya pernah melebihi US$109,000.
Menurut CoinMarketCap, yang purata harga daripada lebih 20 bursa, harga Bitcoin meningkat sebanyak 1.7 peratus kepada purata US$107,157.21 dalam tempoh 24 jam lalu.
BACA: Hidayah Kongsi Sambut Hari Lahir Abam Undang Sebak Ramai
BACA: Ini Jenis Plug & Barang Elektrik Yang Sesuai Digunakan
BACA: Ayam Gepuk Pak Gembus Cipta Sejarah, Terima Sijil Halal Jakim!
Sumber: BERNAMA