Hidayah Kongsi Sambut Hari Lahir Abam Undang Sebak Ramai
Rindu pada mereka yang telah meninggal dunia ini sememangnya suatu rasa yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata, apatah lagi perasan itu seperti tiada noktahnya.
Begitu juga kisah Hidayah Hamzah yang menzahirkan ucapan hari lahir ke-37 buat Allahyarham suaminya, Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan atau lebih dikenali sebagai Abam Bocey.
Perkara itu dikongsikan oleh Hidayah di laman Instagram rasmi miliknya.
Meskipun hampir lima tahun Abam ‘pergi’, Hidayah meluahkan bahawa rasa cintanya terhadap suaminya tidak pernah berkurang, malah masih seperti dahulu.

“19/01/2025 selamat hari lahir suamiku tersayang. Genap umurMu 37 tahun..
“Walaupun kita terpisah jauh antara 2 dunia, rasa cinta sayang pada abang masih seperti dulu.
“Pengikat cinta kita anak kita, Syed Umar Uthman Hamzah.
“Al-fatihah suamiku, Syed Umar Mokhtar,” tulisnya dalam hantaran tersebut.
https://www.instagram.com/p/DE_iBAhPuzW/
Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial tidak dapat menahan sebak mengenangkan kembali gelak tawa pelawak itu yang pernah menceriakan mereka suatu ketika dahulu.
Selain itu, sebahagian mereka turut mendoakan roh Abam dicucuri rahmat ‘di sana’.
Berikut antara komen pengguna;
“Bertuahnya kamu kak, suamimu tunggu di Syurga,” komen seorang pengguna.
“Sebak pulak tengok. Al-fatihah untuk arwah Abam (sudah dibaca),” tulis seorang warganet.
“Sebak pula sebab Abam ni senior sekolah saya, ,masih segar di ingatan bila habis kelas tu dia bawak kek kat tangan dengan senyuman. Selalu senyum. Siapa geng-geng sekolah teknik ert Setapak mesti tau kan,” luah seorang lagi.
“Al-fatihah untuk arwah Abam, semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya, ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan semoga arwah hidup tenang dan bahagia di taman-taman syurga ketika ini. Sentiasa doakan arwah Abam setiap di setiap penghujung solat lima waktu, Aamiin Ya Rabbal Alamiin. Semoga Dayah tidak lupa dengan arwah Abam dan sentiasa menyayangi serta mendoakan kesejahteraan arwah Abam,” komen seorang lagi.
Untuk makluman, Abam menghembuskan nafas terakhir pada 10 Februari 2020, ketika berumur 33 tahun.
Sumber: Instagram Hidayah_hamzah