Terkini

AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Penutup Radiator Dah Berkarat
Kredit: The Medium
Tiada Kategori

Empat Sebab Penutup Radiator Berkarat, No. 2 Mungkin Ramai Yang Tak Ikut

Athirah

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Empat Sebab Penutup Radiator Berkarat, No. 2 Ramai Yang Sambil Lewa

Memiliki sebuah kereta baharu boleh menjadi pengalaman yang mengujakan, terutama kepada pemilik yang pertama kali membeli kenderaan peribadi sendiri.

Walaupun kereta hari ini dilengkapi dengan pelbagai teknologi moden, namun perlu diingat jadual penyelengaraan yang teratur masih menjadi perkara yang perlu dipatuhi oleh setiap pemilik.

Ia bagi memastikan kenderaan masing-masing kekal berada dalam keadaan optimum dan berfungsi dengan baik untuk jangka masa panjang.

Namun yang selalu berlaku, ada yang tidak terlalu ambil pusing tentang penjagaan kereta, lebih-lebih lagi apabila kenderaan tersebut masih baru.

Selalunya, mereka menyangka kereta baharu tidak akan memberi apa-apa masalah kepada pemilik.

Tetapi, kereta baharu atau lama, kenderaan masih boleh mengalami kerosakan pada bila-bila masa.

Antara masalah yang boleh berlaku adalah penutup radiator menjadi karat hingga boleh menjejaskan pengalaman pemanduan atau lebih teruk, kereta berisiko rosak.

Menerusi hantaran Muhammad SE di Facebook, beliau menjelaskan masalah di atas berlaku disebabkan oleh sekurang-kurangnya empat perkara.

Jom ikuti perkongsian beliau di bawah.

Penutup radiator ada kesan karat tidak normal

“Bro, kereta aku baru setahun lebih, tapi bila aku buka penutup radiator, ada kesan karat. Normal kah ni?”

Pertanyaan ini biasa saya dengar, dan jawapannya, “Tidak normal, tapi boleh jadi beberapa sebab.”

Sistem penyejukan kereta direka untuk kekal bersih dan bebas karat, sebab itu penggunaan coolant yang berkualiti sangat penting.

Bila ada kesan karat, ia biasanya tanda awal masalah kecil yang boleh jadi besar jika dibiarkan.

Sebab Penutup Radiator Boleh Berkarat:

1. Penggunaan Coolant yang Tidak Sesuai

“Kalau kau guna air paip atau coolant berkualiti rendah, ia mengandungi mineral yang boleh sebabkan karat pada komponen radiator.”

2. Sistem Tidak Diselenggara dengan Betul

“Kalau kau jarang buat flushing atau tukar coolant ikut jadual, sisa kotoran boleh berkumpul dan menyebabkan karat terbentuk.”

3. Kelemahan Pada Komponen Penutup

“Penutup radiator juga boleh haus atau bocor, menyebabkan udara masuk dan mempercepatkan proses karat.”

4. Air atau Coolant Tercemar

“Kalau air dalam sistem tercemar dengan minyak atau habuk, ia boleh sebabkan tindak balas kimia yang menghasilkan karat.”

Apa Perlu Buat Kalau Penutup Radiator Berkarat?

1. Periksa Paras dan Warna Coolant

“Pastikan coolant kau tidak bercampur dengan minyak atau kelihatan keruh. Kalau coolant nampak pelik, ini tanda sistem perlu flushing.”

2. Flush Sistem Penyejukan

“Buat flushing dan gantikan coolant dengan yang berkualiti tinggi. Pastikan juga air paip tidak digunakan.”

3. Tukar Penutup Radiator

“Kalau penutup sudah rosak atau berkarat, lebih baik ganti yang baru. Penutup radiator yang tidak baik boleh jejaskan tekanan sistem.”

4. Gunakan Coolant Berkualiti

“Pilih coolant yang disyorkan oleh pengeluar kereta. Coolant berkualiti melindungi sistem daripada karat dan panas berlebihan.”

Sistem radiator bukan sahaja menjaga suhu enjin tetapi juga melindungi komponen dalaman daripada karat dan kotoran.

Kalau masalah kecil seperti karat dibiarkan, ia boleh menyumbat laluan coolant dan menyebabkan enjin overheating.

“Oh, jadi ini tanda awal sana la? Kalau aku flush sistem, semua okay balik?”, sambungnya.

“Betul. Kalau kau ambil tindakan awal, masalah ni tidak akan jadi besar. Jangan tunggu sampai enjin overheating.”

BACA: Ini Senarai Platform Media Sosial Terlibat Perlesenan & Kenapa Ada Dua Lagi Tidak Memohon Lesen

Sumber:

Muhammad SE via Facebook