Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Kalendar merupakan satu jadual atau susunan tarikh bagi sesuatu tahun yang diatur mengikut hari (dalam minggu) dan bulan (dalam tahun).
Penggunaan kalendar penting sebagai penanda atau peringatan peristiwa setiap orang dalam menjalani kehidupan mendatang.
Seperti sedia maklum, kalendar yang diguna pakai oleh di dunia ketika ini merupakan kalendar Gregorian yang telah diseragamkan.
Bagaimanapun, terdapat pelbagai jenis kalendar disebabkan faktor perbezaan, agama bangsa dan budaya masyarakat. Sebagai contoh, umat Islam mempunyai kalendar Hijrah atau kalendar Islam.
Bersempena dengan sambutan Tahun Baharu Cina yang bakal tiba, hari ini SK ingin berkongsi salah satu kalendar yang terdapat dalam kaum Cina berdasarkan zodiak haiwan di bawah.
Zodiak Cina
Menurut kepercayaan kuno astronomi Cina, zodiak Cina diambil berdasarkan kisah-kisah rakyat yang mengisahkan tentang 12 ekor haiwan, yang terdiri daripada tikus, lembu, harimau, arnab, naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam, anjing, dan babi.
Setiap tahun dalam kalendar mewakili satu zodiak (haiwan) dan ia dipercayai memiliki personaliti tersendiri terhadap mereka yang dilahirkan pada tahun berkenaan.

1. Tikus
Bercita-cita tinggi
Menawan
Banyak cakap
Bijak
Suka menyendiri
Berjimat-cermat
Berfikiran kritis
2. Lembu
Bijak
Lemah lembut
Bekerja keras
Boleh diharapkan
Penyabar
Keras kepala
3. Harimau
Berkeyakinan
Berani
Daya tarikan
Idealistik
Periang
Angkuh
4. Arnab
Baik
Sensitif
Artistik
Romantik
Tegas
Pemalu
Pembersih
5. Naga
Lantang bersuara
Bertenaga
Pemurah
Bijak
Mementingkan kesempurnaan
Angkuh
Penyabar
6. Ular
Pintar
Ingin tahu
Menawan
Bijak
Cemas
Berjimat-cermat
7. Kuda
Kelakar
Bersemangat
Berdikari
Pemujuk
Suka mengambil peluang
8. Kambing Biri-biri
Mesra
Empati
Kreatif
Ceria
9. Monyet
Menghiburkan
Bijak
Optimistik
Bersosial
Berubah-ubah
Berahsia
Tidak dijangka
10. Ayam
Pengembara
Murah hati
Kelakar
Setia
Bersifat argumentatif
Angkuh
Suka melibatkan diri
11. Anjing
Suka membantu
Jujur
Boleh dipercayakan
Tidak mementingkan diri
Pemalu
12. Babi
Ambil berat
Murah hati
Pandai
Mesra
Sumber: Oprah daily, Chinese Learning