Siakap Keli
Mokhzani
Kredit: Bernama

Mokhzani, Mirzan Telah Isytihar Harta Berjumlah Lebih RM1 Bilion Kepada SPRM – Azam Baki

Mokhzani, Mirzan Telah Isytihar Harta Berjumlah Lebih RM1 Bilion Kepada SPRM – Azam Baki

PUTRAJAYA, 21 Jan (Bernama) — Dua anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah melakukan pengisytiharan harta antaranya membabitkan pegangan aset dan saham kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki yang mengesahkan perkara itu berkata Tan Sri Mokhzani dan Mirzan melakukan pengisytiharan harta masing-masing sekitar RM1 bilion dan RM246.2 juta.

“Jadi saya berpuas hati dengan pengisytiharan harta berkenaan oleh keduanya,” katanya dalam sidang media khas di sini hari ini.

Mirzan dan Mokhzani diarahkan SPRM pada Januari tahun lepas untuk mengisytiharkan aset mereka sejak 1981, iaitu tahun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri.

Siasatan dijalankan mengikut Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).

BACA: Tanah Runtuh Di Pekalongan, Jawa Tengah Ragut 16 Nyawa, Tiga Hilang – BNPB

BACA: Bekas Pemain Kebangsaan, Robert Choe Kim Chwee Meninggal Dunia

BACA: Pembukaan Seksyen 2 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) Memudahkan Penduduk Banting Ke Shah Alam, Putrajaya Dan KLIA

Sumber: Bernama

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.