Terkini

Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa Tiga Negeri Hingga Awal Pagi
Gaya hidup
Risau Anak Tak Tahu, Bapa Siap Tulis Nama Komponen Kereta
Berita
Pelajar Tahfiz Dibenar Pimpin Solat Tarawih Selain Imam Tempatan - Exco Johor
Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
seksyen 2 wce dibuka
Kredit: Bernama
Tiada Kategori

Pembukaan Seksyen 2 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) Memudahkan Penduduk Banting Ke Shah Alam, Putrajaya Dan KLIA

Siti Sakinah

Pembukaan Seksyen 2 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) Memudahkan Penduduk Banting Ke Shah Alam, Putrajaya Dan KLIA

SHAH ALAM, SELANGOR – Seksyen 2 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) dari Persimpangan Bertingkat SKVE ke Persimpangan Bertingkat SAE dibuka kepada pengguna lebuh raya bermula Rabu, 22 Januari 2025 jam 12:01 tengah malam.

2. Bahagian lebuh raya yang dibuka ini melibatkan jajaran sepanjang 7.2 kilometer dan pengguna kini mempunyai laluan alternatif yang lebih mudah dari Banting menuju ke Shah Alam, Klang, Putrajaya, Kajang, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan sebaliknya dengan sambungan terus ke Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) dan Lebuhraya Shah Alam (KESAS).

3. Pembukaan jajaran ini akan melengkapkan jajaran yang telah dibuka sebelum ini dari Persimpangan Bertingkat Banting ke Persimpangan Bertingkat SKVE yang telah dibuka pada 31 Ogos 2024 yang lalu. Pembukaan kedua – dua jajaran ini akan mempercepatkan perjalanan dari Shah Alam ke Banting atau KLIA berbanding menggunakan jalan sedia ada, sekali gus memberi impak positif kepada mobiliti penduduk dan aktiviti ekonomi di kawasan tersebut.

4. Dengan adanya jaringan perhubungan lebuh raya yang lebih baik ini dijangka menarik pelaburan ke kawasan perindustrian sedia ada seperti Pulau Indah, Telok Panglima Garang dan Bandar Botanik serta merangsang sektor industri dan komersial di sepanjang koridor ini. Selain daripada meningkatkan kelancaran pergerakan, Lebuhraya WCE turut menyediakan sambungan strategik ke Pelabuhan Klang yang bakal memanfaatkan sektor pengangkutan kargo.

5. Pembukaan jajaran ini merupakan sebahagian daripada Lebuhraya WCE sepanjang 314.5 kilometer yang akan menghubungkan Banting di Selangor hingga ke Taiping di Perak. Dengan siapnya lebuh raya ini, WCE akan menjadi antara pemangkin utama dalam pembangunan dan pertumbuhan ekonomi, khususnya di sepanjang koridor barat Semenanjung Malaysia, meningkatkan aktiviti pelancongan domestik di samping di harap akan mengurangkan kesesakan di lebuh raya utama jajaran lembah kelang ke utara semenanjung.

6. Kementerian Kerja Raya (KKR) berharap WCE membuat promosi akan laluan alternatif ini agar pengguna maklum untuk menggunakannya bagi menyuraikan masalah kesesakan di lebuh raya. KKR juga menganjurkan kepada pengguna lebuh raya untuk memanfaatkan kemudahan lebuh raya ini dengan sebaiknya disamping mematuhi peraturan jalan raya dan memastikan keselamatan diri, keluarga serta pengguna lain sentiasa terpelihara semasa memandu di lebuh raya terutama menjelang musim perayaan Tahun Baru Cina.