Terkini

Tip
Cara Paling Mudah, Hilangkan Batuk Berkahak Guna Bahan Semula Jadi Ni
Trivia
Bilik Panas Waktu Malam, Ini 5 Barang Wajib Ada Kurangkan Bahang
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa Tiga Negeri Hingga Awal Pagi
Gaya hidup
Risau Anak Tak Tahu, Bapa Siap Tulis Nama Komponen Kereta
Berita
Pelajar Tahfiz Dibenar Pimpin Solat Tarawih Selain Imam Tempatan - Exco Johor
Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Pukul Pensyarah Hingga Buta
Sumber: BERNAMA

Pukul Anak Sehingga Mati Ibu Kandung Dipenjara Tiga Tahun

Hannah

Pukul Anak Sehingga Mati Ibu Kandung Dipenjara Tiga Tahun

KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) — Seorang ibu kandung dipenjara tiga tahun oleh Mahkamah Sesyen Ampang di sini hari ini selepas mengaku bersalah memukul anak lelakinya berusia enam tahun sehingga meninggal dunia, dua minggu lepas.

Hakim Norshila Kamarudin memerintahkan tertuduh berusia 25 tahun itu menjalani hukuman penjara bermula hari ini dan wanita itu turut dikenakan bon berkelakuan baik selama dua tahun serta dilarang menjaga dan memelihara kanak-kanak lain selama lima tahun selepas selesai menjalani hukuman penjara.

Mahkamah juga memerintahkan tertuduh dipenjara setahun sekiranya gagal mematuhi syarat ditetapkan.

Dia didakwa sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap anak lelakinya telah mendedahkan kanak-kanak itu dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal iaitu memukul, mencubit dan menampar sehingga mangsa meninggal dunia.

Kejadian berlaku di sebuah kediaman di Taman Bukit Ampang di sini antara 2 petang pada 8 Jan dan 6 petang hari berikutnya.

BACA: Vivy Yusof, Suami Didakwa Atas Pertuduhan Pilihan Salah Guna Dana Khazanah, PNB

Pertuduhan mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya.

Mengikut fakta kes, pada 10 Jan lepas pihak polis menuju ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada 2.36 petang tarikh sama, yang memaklumkan mangsa tidak bernafas dan tidak sedarkan diri.

Ibunya memaklumkan mangsa demam panas dan sawan namun hasil bedah siasat pada 11 Jan mengesahkan punca kematian disebabkan oleh trauma tumpul di bahagian kepala dan abdomen.

Siasatan polis mendapati mangsa dipukul, ditampar, dicubit dan dimarah ibunya kerana sentiasa menangis serta tidak membuang air kecil dan besar dengan teratur selain tidak menghantar mangsa yang demam ke hospital.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Hairuliqram Hairuddin manakala Peguam Muhammad Aidil Akmal Sharidan mewakili wanita itu yang mempunyai seorang lagi anak berusia enam bulan.

BACA: 2.6 Juta Kenderaan Dijangka Guna Lebuh Raya Utama Sempena Tahun Baharu Cina

Sementara itu di Mahkamah Majistret, teman lelaki wanita berkenaan didakwa membunuh mangsa yang sama di tempat yang sama pada 2.36 petang, 10 Jan.

Pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun dan minimum 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Dia mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Amalina Basirah Md Top yang kemudian menetapkan 24 Mac untuk sebutan kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Norhidayah Abdullah Sani manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BACA: BNM Kekalkan OPR Pada 3 Peratus

Sumber: BERNAMA