Siakap Keli
fasa liga ucl

Apa Akan Berlaku Lepas Fasa Liga UCL ?

Apa Akan Berlaku Lepas Fasa Liga UCL ?

Awal pagi tadi telah berlangsung baki perlawanan ketujuh kempen Liga Juara-Juara Eropah (UCL).

Selepas perlawanan ketujuh, Liverpool masih lagi memimpin takhta liga dan sah bakal menamatkan fasa liga di tempat pertama.

Diikuti pasukan Barcelona dengan 18 mata dan Arsenal serta Inter Milan berkongsi 16 mata.

Ini bermakna tinggal satu perlawanan sahaja lagi bagi melengkapkan 8 perlawanan dalam fasa liga sebelum ke perigkat kalah mati.

Apa Yang Akan Berlaku Selepas Fasa Liga?

Selepas berakhir fasa liga, pasukan di kedudukan pertama hingga lapan akan terus layak automatik ke pusingan 16 terbaik.

Manakala, pasukan di kedudukan ke-9 hingga ke-24 akan menghadapi dua perlawanan timbal balik Play-Off untuk menentukan 8 lagi pasukan ke peringkat 16 terbaik.

Undian akan berlangsung pada 31 Januari, jam 7 malam bagi menentukan perlawanan 8 perlawanan Play-Off.

Perlawanan Play-Off akan berlangsung pada 11 dan 12, 18 dan 19 Februari 2025.

8 Pasukan yang automatik layak ke peringkat 16 terakhir perlu menunggu sehingga 21 Februari 2025 untuk mengetahui lawan masing-masing.

Pusingan 16 terbaik akan berlangsung pada 4 dan 5, 11 dan 12 Mac 2025 diikuti suku dan separuh akhir pada bulan April.

Kesemua perlawanan dari peringkat 16 hingga separuh akhir akan bermain secara timbal balik dan tiada peraturan gol di tempat lawan.

Perlawanan akhir akan berlangsung pada 31 Mei 2025 di stadium keramat Bayern Munich, Allianz Arena.

Siapa Yang Dah Automatik Layak?

Sehingga perlawanan ketujuh, Liverpool dan Barcelona nampak sudah selamat walaupun tewas di perlawanan terakhir.

Liverpool yang masih kebal dengan 100 peratus menang, paling cemerlang dalam kempen UCL format baru ini.

Selain dari dua pasukan itu masih lagi berisiko untuk terkeluar dari slot automatik di perlawanan kelapan jika gagal menang.

Man City pula berisiko tersingkir dari kempen UCL, sekiranya gagal mencatat kemenangan baki perlawanan nanti.

City ketika ini di kedudukan ke-25 dan format baru ini tiada pasukan yang tersingkir akan ke Liga Europa.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.