Siakap Keli
Destinasi Perlancongan Terbaik
Kredit: Gambar AI

Malaysia Termasuk Dalam Senarai Destinasi Pelancongan Terbaik 2025

Malaysia Termasuk Dalam Senarai Destinasi Pelancongan Terbaik 2025

Malaysia, negara yang penuh dengan keindahan alam, warisan sejarah dan budaya yang kaya, terus menawan hati pelancong dari seluruh dunia.

Dengan pelbagai tarikan unik yang sukar ditandingi, Malaysia terus menjadi destinasi pelancongan pilihan utama.

Baru-baru ini, majalah pelancongan antarabangsa Wanderlust mengeluarkan senarai negara yang menjadi destinasi pelancongan terbaik untuk tahun 2025.

Termasuk dalam senarai tersebut, Malaysia berjaya diiktiraf setanding dengan destinasi terkemuka dunia seperti Abu Dhabi, Jepun, Rio de Janeiro dan banyak lagi.

Ini adalah pencapaian yang amat membanggakan, menandakan bahawa negara ini terus relevan dan memikat minat pelancong global.

“Hutan Hujan Taman Negara dan deretan rumah kolonial di George Town yang disenaraikan dalam UNESCO menawarkan gabungan budaya dan hutan belantara yang menakjubkan,” maklum majalah tersebut.

Destinasi Pelancongan Terbaik
Gambar: World of Statistics via X

Malaysia, destinasi ‘wajib’ dilawati

Selain keindahan alam semula jadi, Malaysia juga terkenal dengan suasana bandar yang moden dan serba canggih.

Kota-kota besar seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru menawarkan pengalaman percutian yang tak terlupakan.

Lebih menarik lagi, Malaysia dikenali dengan kepelbagaian budaya dan agama.

Dengan populasi yang berbilang kaum, negara ini merayakan pelbagai perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali dan Hari Gawai.

Setiap perayaan membawa suasana berbeza, memberikan pengalaman unik yang sukar didapati di tempat lain.

Dengan pelbagai tarikan yang ditawarkan, Malaysia terus kekal sebagai destinasi pelancongan pilihan utama dan ‘wajib’ dilawati oleh pelancong dari seluruh dunia.

Dalam pada itu, pengiktirafan Malaysia sebagai salah satu destinasi terbaik dunia untuk tahun 2025 bukan sahaja memperkukuh nama negara di persada antarabangsa.

Akan tetapi, ia turut membuka peluang besar untuk Malaysia terus berkembang sebagai hab pelancongan global yang disegani.

BACA: Malaysia Diiktiraf Negara Paling Disayangi Di Asia

BACA: Rupanya Ini Kisah Sebalik “Hero” Landing Atas Bumbung

BACA: Digelar “Mowgli” Dunia Nyata, Ini Kisah Hidup Dina Sanichar

Sumber: World of Statistics via X, Wanderlust MagazineTravel and Tour World

Siti Nur Ain Natasya

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.