Terkini

Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa Tiga Negeri Hingga Awal Pagi
Gaya hidup
Risau Anak Tak Tahu, Bapa Siap Tulis Nama Komponen Kereta
Berita
Pelajar Tahfiz Dibenar Pimpin Solat Tarawih Selain Imam Tempatan - Exco Johor
Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Hero landing atas bumbung
Kredit: TikTok @4mco 

Rupanya Ini Kisah Sebalik “Hero” Landing Atas Bumbung

Siti Nur Ain Natasya

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Rupanya Ini Kisah Sebalik “Hero” Landing Atas Bumbung

Seperti yang ramai tahu, menjadi anggota keselamatan seperti anggota tentera atau pegawai polis, bukanlah satu tugas yang mudah.

Ia memerlukan disiplin tinggi dan latihan yang intensif untuk memastikan mereka sentiasa bersedia menghadapi pelbagai situasi yang tidak terjangka.

Sama ada di darat, udara atau laut, mereka dilatih untuk tetap tenang dalam menghadapi apa jua keadaan.

Baru-baru ini, satu kisah menarik melibatkan seorang lelaki yang dipercayai pegawai polis telah mencuri perhatian ramai di media sosial.

Dalam sebuah video yang tular di TikTok, pegawai polis itu dilihat sedang melipat payung terjun di atas bumbung sebuah rumah.

Siapa sangka kisah sebenar di sebalik kejadian itu lebih menarik lagi

Menurut pegawai polis itu, kejadian tersebut berlaku pada tahun 2022 dan video tersebut dirakam oleh orang awam yang berada di tempat kejadian.

Video yang pada mulanya kelihatan agak ‘pelik’ ini sebenarnya merakamkan detik cemas seorang pegawai polis yang sedang menjalani latihan asas taktikal payung terjun statik.

Ketika itu, beliau sedang menjalani latihan di Taiping bersama 69 komando Polis Diraja Malaysia (PDRM), Paskal dan Unit Tindakhas (UTK).

Namun, difahamkan bahawa pegawai polis ini “terpesong” dari kawasan pendaratan yang sepatutnya.

Ini bukan disebabkan kecuaian, tetapi disebabkan oleh beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan semasa latihan.

Walaupun terpesong, beliau bernasib baik kerana tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

Lebih menarik, tuan rumah yang rumahnya menjadi tempat pendaratan pegawai polis ini sangat memahami situasi tersebut.

Tuan rumah tersebut lebih risaukan keselamatan pegawai polis itu berbanding kerosakan pada rumahnya.

Pegawai polis itu berkongsi pengalamannya dalam ruangan komen video, menceritakan bagaimana beliau terkejut selepas ‘mendarat’ di atas bumbung.

Pada mulanya, beliau hanya mampu diam sekejap kerana terkejut dengan keadaan itu. Namun, beliau lega selepas mendengar suara tuan rumah yang sangat prihatin.

Menurutnya, tuan rumah tidak meminta sebarang ganti rugi dan berkata atap rumahnya sudah terlalu lama dan tidak lagi dijual di pasaran.

Ramai ‘salah faham’ selepas menonton video

Kisah ini menarik perhatian ramai netizen, yang mula memberi komen-komen lucu dan kelakar kerana ‘salah faham’ selepas menonton video tersebut.

“Aku ingatkan kontraktor rumah tebar selimut atas rumah,”

“Lah, ingat tadi ada pengantin tangkap gambar atas bumbung,”

Selain itu, beberapa netizen turut berkongsi pengalaman serupa, di mana ahli keluarga mereka yang juga merupakan anggota keselamatan pernah melalui situasi yang sama.

“Adik aku pertama kali mendarat atas motor orang di bendang, nasib baik tak ada apa-apa,”

“Suami saya pernah mendarat kat atas pokok, sakit katanya tapi tak ada cedera teruk,”

BACA: Majlis Kahwin Tema “Squid Game” Curi Tumpuan

BACA: Digelar “Mowgli” Dunia Nyata, Ini Kisah Hidup Dina Sanichar

BACA: Islam Makhachev Pecah Rekod Tiga Legenda UFC

Sumber: TikTok @4mco