Siakap Keli
Islam Makhachev
Gambar: AFP

Islam Makhachev Pecah Rekod Tiga Legenda UFC

Islam Makhachev Pecah Rekod Tiga Legenda UFC

Islam Makhachev mengukir sejarah baharu dalam dunia UFC apabila berjaya mempertahankan gelaran lightweight miliknya buat kali keempat berturut-turut.

Kejayaan ini memecahkan rekod sebelumnya yang dipegang oleh Khabib Nurmagomedov, Benson Henderson dan BJ Penn.

Untuk info, tiga legenda UFC tersebut masing-masing pernah mempertahankan kejuaraan sebanyak tiga kali berturut-turut.

Makhachev, 33, membuktikan dirinya sebagai petarung terbaik pound-for-pound UFC dengan aksi luar biasa pada malam Sabtu di Inglewood, California.

Beliau hanya memerlukan kurang daripada satu minit untuk menewaskan lawannya dari Brazil, Renato Moicano, dalam satu pusingan.

“Saya suka gelaran ini. Jika ada yang mahu merampasnya, datang ke dalam gelanggang,” kata Makhachev selepas mempertahankan kejuaraan di UFC 311.

Makhachev turut menegaskan bahawa fokusnya sepanjang latihan dan minggu pertarungan adalah mencari peluang untuk mengakhiri perlawanan dengan kemenangan mutlak.

“Saya sentiasa mencari peluang untuk menamatkan pertarungan. Saya bukan sekadar cakap kosong.

“Sepanjang minggu pertarungan, sepanjang kem latihan, dan ketika bersama media, jika lawan memberi peluang kecil sekalipun, saya akan tamatkan pertarungan,” jelasnya.

Lebih menarik, bekas juara lightweight UFC, Khabib Nurmagomedov, yang kini bertindak sebagai jurulatih, sentiasa berada di sisi memberikan sokongan kepada Makhachev.

Selepas bersara dari dunia pertarungan, Khabib memainkan peranan penting dalam membimbing rakan senegaranya itu.

Dengan rekod profesional kini mencecah 27 kemenangan dan hanya satu kekalahan, Makhachev terus membuktikan dirinya sebagai antara petarung terbaik dalam sejarah UFC.

Presiden UFC, Dana White, mengakui Makhachev sebagai petarung pound-for-pound terbaik pilihannya, walaupun sebelum ini menyokong juara heavyweight, Jon Jones, sepanjang 12 bulan lalu.

BACA: Anak Murid Khabib Kekal Juara UFC

BACA: Anak Pemain JDT, Nazmi Faiz Mansor Meninggal Dunia

BACA: Piala Malaysia: JDT Sebelah Kaki Di Final

Sumber: BBC Sport

Siti Nur Ain Natasya

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.