Terkini

Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Hujan Lebat Di 11 Negeri
Kredit: AFP

Hujan Lebat Diramal Badai 11 Negeri Sehingga 7 Petang Ini

Athirah

Hujan Lebat Diramal Badai 11 Negeri Sehingga 7 Petang Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 11 negeri dan dua wilayah sehingga jam 7 malam ini.

Amaran berkenaan dikeluarkan untuk seluruh kawasan di Perlis, Pulau Pinang, Perak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Di Kedah, kawasan yang dijangka mengalami ribut petir dan hujan lebat adalah Langkawi, Kubang Pasu, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu

METMalaysia turut menjangkakan cuaca buruk yang sama akan melanda Kelantan meliputi jajahan Jeli, Tanah Merah, Kuala Krai dan Gua Musang.

Selain itu, hujan lebat dan petir diramal berlaku di Pahang yang melibatkan daerah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Bera, Pekan dan Rompin.

Fenomena cuaca berkenaan turut diramal akan melanda kawasan Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat dan Hulu Langat di Selangor.

Manakala hujan lebat dan petir turut diramal berlaku di Negeri Sembilan yang melibatkan daerah Jelebu dan Jempol.

Amaran ribut petir, hujan lebat dijangka berlaku di 11 negeri dan 2 wilayah

Di selatan Semenanjung, hanya daerah Segamat di Johor bakal dilanda hujan lebat dan ribut petir petang ini.

Beralih ke Sarawak, antara daerah yang terlibat dalam amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang adalah Kuching, Sarikei (Julau dan Meradong), Sibu (Sibu), Miri (Beluru, Telang Usan, Miri dan Marudi) dan Limbang.

Hujan lebat dan petir turut diramal berlaku di Sabah yang melibatkan daerah Pedalaman (Kuala Penyu, Beaufort dan Tambunan), Pantai Barat, Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat.

Menurut MetMalaysia, ramalan tersebut berdasarkan tanda-tanda ribut petir dan intensiti hujan yang dijangka lebih sejam.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” ujar hantaran berkenaan.

BACA: Tiupan Angin Ekstrem Dikesan Di Planet Asing, Selaju 33,00 Km/j

Sumber: Malaysian Meteorological Department via Facebook