Terkini

Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Angin Ekstrem planet asing
Kredit: eso.org

Tiupan Angin Ekstrem Dikesan Di Planet Asing, Selaju 33,00 Km/j

Athirah

Tiupan Angin Ekstrem Dikesan Di Planet Asing, Selaju 33,00 Km/j

Ahli astronomi dilapor berjaya mengesan fenomena angin ekstrem yang melanda kawasan ekuator sebuah eksoplanet gergasi yang dinamakan sebagai WASP-127b.

Menurut Pusat Penyelidikan Astronomi Hemisfera Selatan (ESO) untuk Pertubuhan Eropah, kelajuan tiupan angin berkenaan dilapor mencecah sehingga 33,000 km/j.

Fenomena tersebut sekali gus membentuk aliran jet (jetstream) terpantas seumpamanya yang pernah diukur di sesebuah planet.

Penemuan luar biasa itu dibuat hasil pencerapan menggunakan Teleskop Sangat Besar (VLT) milik ESO yang berada di Chile.

Mengulas lanjut tentang angin ekstrem berkenaan, ESO berkata angin tersebut yang bertiup pada kelajuan 9 km sesaat didapati bergerak hampir enam kali ganda lebih pantas daripada kelajuan putaran planet itu sendiri.

Angin ekstrem bertiup selaju 33,000 kmj dikesan di sebuah planet asing

Sebagai perbandingan, angin terpantas yang pernah diukur dalam Sistem Suria adalah yang ditemui di Neptun. Bagaimanapun, angin itu hanya bergerak pada kelajuan 0.5 km sesaat (1800 km/j).

Terletak pada jarak kira-kira 500 tahun cahaya dari Bumi, ahli astronomi difahamkan mula memerhati fenomena angin di WASP-127b sejak planet itu ditemui pada 2016.

Menurut ESO, planet ini memiliki saiz lebih besar daripada Musytari, tetapi mempunyai jisim kurang daripada planet kelima dalam Sistem Suria itu.

Keadaan itu menjadikan planet berkenaan puffy, iaitu istilah yang digunakan untuk menggambarkan planet yang kelihatan besar tetapi mempunyai jisim yang kecil, menyebabkannya kurang padat.

Turut buat beberapa penemuan lain

Selain penemuan menakjubkan angin berkenaan, hasil kajian yang dibuat turut mengesahkan kehadiran wap air atau molekul karbon monoksida dalam atmosfera WASP-127b.

Penyelidik ESO juga mendapati bahawa cuaca kawasan kutub adalah lebih sejuk berbanding kawasan-kawasan lain di planet tersebut.

Malah, penyelidik juga mengesan bahawa terdapat perbezaan suhu antara waktu pagi dan waktu petang.

Ia sekaligus menunjukkan WASP-127b memiliki corak cuaca yang kompleks, sama seperti Bumi dan planet-planet lain dalam Sistem Suria.

BACA: Lelaki Berhati Mulia, Jaga & Rawat Kucing Kurap Sehingga Sembuh

BACA: Bintang Siri Realiti Bling Empire, Lynn Ban Meninggal Dunia

Sumber: eso.org