Siakap Keli
Lynn Ban Meninggal Dunia
Kredit: @lynn_ban via Instagram

Bintang Siri Realiti Bling Empire, Lynn Ban Meninggal Dunia

Bintang Siri Realiti Bling Empire, Lynn Ban Meninggal Dunia

Pereka perhiasan selebriti dan bintang siri Netflix Bling Empire: New York, Lynn Ban dilapor meninggal dunia pada Isnin.

Menurut portal Today, berita dukacita ini turut disahkan oleh anak mendiang, Sebastian menerusi satu hantaran di Instagram, semalam.

Difahamkan, mendiang Lynn Ban menghembuskan nafas terakhir selepas menjalani pembedahan kecemasan akibat pendarahan otak berikutan kemalangan semasa berski pada Disember.

Bintang Siri Realiti Bling Empire, Lynn Ban meninggal dunia beberapa minggu selepas kemalangan ski

“Saya pasti ibu mahu berkongsi kisahnya selepas kemalangan dan pembedahan otak yang dijalani. Jadi, ibu pasti menghargai hantaran terakhir ini yang berkongsi ceritanya kepada peminat,” kata Sebastian.

Walaupun ibunya sudah tiada, Sebastian berkata dia akan melakukan segala yang mampu untuk memastikan mendiang tidak dilupakan.

Pada 30 Disember lepas, mendiang sempat berkongsi satu gambar parit pada bahagian kepada selepas menjalani pembedahan otak.

Sempat berkongsi dengan peminat gambar pembedahan

Menurut portal Today, pereka perhiasan selebriti berkenaan sebelum itu sempat menjelaskan kemalangan ski yang menimpa dirinya.

Selepas melakukan imbasan CAT, petugas perubatan memberitahu bahawa dia mengalami pendarahan otak dan perlu dihantar ke hospital pakar untuk menjalani pembedahan.

BACA: Pelajar TVET GiatMARA Perlu Jalani Ujian Fardu Ain, Lancar Baca Al-Fatihah

BACA: Empat Sebab Penutup Radiator Berkarat, No. 2 Mungkin Ramai Yang Tak Ikut

Sumber: Today

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.