Terkini

Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Lelaki Jaga Kucing Kurap
Kredit: @rumahkucingifan2 via TikTok
Tiada Kategori

Lelaki Berhati Mulia, Jaga & Rawat Kucing Kurap Sehingga Sembuh

Athirah

Lelaki Berhati Mulia, Jaga & Rawat Kucing Kurap Sehingga Sembuh

Kucing merupakan haiwan peliharaan yang sering menjadi pilihan ramai orang oleh kerana sifatnya yang comel dan telatahnya yang menggelikan hati.

Seperti manusia, kucing juga boleh menghadapi pelbagai masalah kesihatan seperti penyakit kulit. Antara masalah yang biasa dihadapi adalah penyakit kurap yang boleh menjejaskan bulu-bulunya.

Kucing boleh terkena kurap disebabkan jangkitan kuman dan kulat. Biasanya, tubuh haiwan comel ini apabila dijangkiti kurap akan kelihatan berkudis, kulit menggerutu dan kerap gatal.

Lelaki sanggup jaga dan rawat kucing kurap sehingga sembuh serta sihat kembali

Begitulah situasi seekor kucing jalanan di Palembang, Indonesia yang menderita penyakit kurap hingga menyebabkan keadaan fizikalnya kelihatan begitu daif sekali.

Mujurlah, kucing tersebut dipertemukan dengan seorang lelaki berhati mulia yang mengambil dan merawatnya sehingga sihat kembali.

Menerusi video dikongsikan oleh @rumahkucingifan2 di TikTok, kucing berwarna putih bertompok hitam itu ‘mengalami’ transformasi yang ketara dibawah jagaannya.

Pada awalnya, penyakit kurap jelas kelihatan menempel pada bahagian kepala kucing yang diberi nama Petong itu. Malah, kurap tersebut turut menyebabkan mata haiwan berkenaan hampir tidak boleh dibuka.

Selain itu, kedua-dua kaki belakang Petong juga menghadapi masalah sehingga menyukarkan pergerakannya.

‘Petong’ semakin comel dan sihat

Dibawah jagaan @rumahkucingifan2, Petong menerima rawatan yang mengcukupi untuk memulihkan masalah kurap yang dihadapi. Kucing itu juga diberikan makan yang secukupnya untuk membantu pemulihan dengan lebih cepat.

Petong juga diberikan vitamin dan suplemen. Hasilnya, keadaan fizikal dan kesihatan kucing itu berubah dengan cukup ketara sehingga mengejutkan warga maya.

Jelas kelihatan ubat atau rawatan yang diberikan memberikan kesan baik dengan kurap yang menempel pada wajahnya sedikit demi sedikit tertanggal.

Menerusi video itu lagi, @rumahkucingifan2 turut memperlihatkan keadaan Petong yang semakin sihat dan aktif selepas dijaga dengan sempurna.

Video berkenaan mendapat 8.8 juta tontonan setakat ini

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok mengucapkan rasa syukur yang tak terhingga kepada individu yang merawat kucing berkenaan.

Dalam masa sama, ramai memuji tindakan dan menganggap @rumahkucingifan2 memiliki hati yang mulia kerana sudi menjaga kucing yang malang itu.

BACA: Empat Sebab Penutup Radiator Berkarat, No. 2 Mungkin Ramai Yang Tak Ikut

Sumber: @rumahkucingifan2 via TikTok