Terkini

Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa Tiga Negeri Hingga Awal Pagi
Gaya hidup
Risau Anak Tak Tahu, Bapa Siap Tulis Nama Komponen Kereta
Berita
Pelajar Tahfiz Dibenar Pimpin Solat Tarawih Selain Imam Tempatan - Exco Johor
Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Jojo Estupinan Pertarungan Ulangan
Gambar: Instagram @johanghazali_

Jojo Mahu Balas Dendam, Tekad Tewaskan Estupinan Dalam Pertarungan Ulangan

Hannah

Jojo Mahu Balas Dendam, Tekad Tewaskan Estupinan Dalam Pertarungan Ulangan

SEPANG, 26 Jan (Bernama) — Jaguh Muay Thai negara Muhamad Johan Ghazali Zulfikar bertekad membalas dendam ke atas Johan Estupinan dalam pertarungan ulangan kelak selepas tewas dengan keputusan pengadil kepada bintang Colombia itu Jumaat lepas.

Muhamad Johan yang lebih mesra dikenali sebagai Jojo berharap dapat tampil lebih garang pada perlawanan seterusnya itu yang berkemungkinan dijadual tahun ini.

“Memang akan ada lawan (Estupinan) balik dan matlamat Jojo ketika ini untuk menang perlawanan berkenaan.

“Setakat ini Jojo belum tahu bila pertarungan ulangan akan berlangsung, mungkin aksi berikutnya atau hujung tahun ini. Namun Jojo harap ia berlangsung hujung tahun ini,” katanya ketika ditemui sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini dari Bangkok hari ini.

Terdahulu hasrat Jojo untuk mencalarkan rekod tanpa kalah Estupinan tidak kesampaian apabila tewas dalam pertarungan ONE 170 di Impact Arena, Bangkok dua hari lepas.

BACA: Jojo Tak Patah Semangat, Tekad Terus Berlawan

Atlet berusia 18 tahun itu bagaimanapun berjaya memberikan tentangan sengit kepada lawannya dalam pertarungan tiga pusingan kategori flyweight.

Dalam pada itu itu, Jojo berkata beliau gembira kerana berjaya mempamerkan peningkatan dalam pertarungan itu terutamanya aspek tendangan dan pergerakan, namun mengakui masih banyak yang perlu diperbaiki sekiranya mahu mencapai kelas dunia.

“Dalam pertarungan seterusnya, Jojo akan lebih fokus semua aspek terutama tangan, kaki dan siku sebab sudah tentu lawan yang Jojo akan jumpa selepas ini bukan biasa-biasa. Jadi kena bersiap sedia sepenuhnya,” katanya.

BACA: Hanya 16 Saat, Jojo Tumbangkan Lawan Dengan Pukulan K.O Di One Championship

BACA: Segak Berbaju Melayu, Jojo Curi Perhatian Ramai Ketika Face-Off Panda Kick

Sumber: BERNAMA