Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Jojo “One Nation Emcees” Meninggal Dunia 

Hannah
Jojo "One Nation Emcees"
Jojo

Jojo “One Nation Emcees” Meninggal Dunia

Ahli kumpulan hip hop terkenal tanah air, “One Nation Emcees”, Jojo atau nama sebenarnya Nur Hasan Balas, telah kembali ke rahmatullah pada pagi Ahad.

Berita pemergian Jojo disampaikan melalui satu hantaran yang dimuat naik oleh Maulana Helmi di laman Facebook beliau.

Dalam hantaran tersebut, turut dinyatakan bahawa Allahyarham telah menghembuskan nafas terakhirnya selepas selesai bacaan doa ta’alim di Masjid Sri Petaling.

Jojo, yang berusia 50 tahun, merupakan figura yang cukup dikenali di kalangan peminat muzik tempatan, terutamanya dalam genre hip hop.

Ruangan komen di perkongsian itu dipenuhi dengan ucapan takziah daripada ahli keluarga, rakan-rakan dan peminat yang meluahkan rasa kehilangan terhadap pemergian insan seni berbakat ini.

Rata-rata turut mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Al-Fatihah.

BACA: Hidayah Kongsi Sambut Hari Lahir Abam Undang Sebak Ramai

BACA: Pelakon Bollywood Terkenal Cedera Parah ‘Diserang’

BACA: Khabib Perjelas Isu Dihalau Keluar Dari Pesawat

Sumber: Maulana Helmi via Facebook