Siakap Keli
Dron Gaza
Gambar: Iran Military

Iran Lancar Dron Terbesar Dinamakan “Gaza”

Iran Lancar Dron Terbesar Dinamakan “Gaza”

Pasukan Aeroangkasa Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) Iran telah melancarkan sebuah dron terbesar pernah dihasilkan, dinamakan “Gaza”.

Pengumuman tersebut dibuat pada Ahad semasa latihan ketenteraan berskala besar yang diberi nama kod “Great Prophet Authority”.

Dron ini mempunyai spesifikasi yang mengagumkan, termasuk lebar sayap sepanjang 22 meter dan berat berlepas 3,100 kilogram.

Gambar: Iran Military

Dron Gaza memiliki daya tahan penerbangan sehingga 35 jam dengan kelajuan maksimum 350 kilometer sejam.

Selain itu, ia mampu membawa muatan seberat sekurang-kurangnya 500 kilogram, membolehkannya membawa sehingga 13 bom dalam satu masa.

Jarak operasi dron ini adalah sehingga 4,000 kilometer, dengan jangkauan penerbangan maksimum sejauh 1,000 kilometer.

Dalam operasi gabungan yang diadakan sempena latihan ketenteraan tersebut, Pasukan Aeroangkasa IRGC berjaya memusnahkan lapan sasaran dengan ketepatan tinggi menggunakan dron Gaza buat pertama kalinya.

Sementara itu, Komander Tentera Laut IRGC, Laksamana Muda Alireza Tangsiri, turut memaklumkan bahawa dron canggih buatan tempatan yang dikendalikan pasukannya telah melancarkan peluru berpandu teknologi kecerdasan buatan (AI) semasa latihan ketenteraan utama yang sedang berlangsung di Teluk Parsi.

BACA: Trump Tidak Yakin Gencatan Senjata Gaza Kekal Lama

BACA: Trump Sahkan Bom 907.2 Kg ‘Dalam Perjalanan’ Ke Israel

BACA: Trump Cadang Pindahkan Penduduk Palestin Di Luar Gaza

Sumber: Press TV

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.