Terkini

Gaya hidup
Risau Anak Tak Tahu, Bapa Siap Tulis Nama Komponen Kereta
Berita
Pelajar Tahfiz Dibenar Pimpin Solat Tarawih Selain Imam Tempatan - Exco Johor
Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Trump Tidak Yakin Gencatan Senjata
Kredit: AFP

Trump Tidak Yakin Gencatan Senjata Gaza Kekal Lama

Athirah

Trump Tak Yakin Gencatan Senjata Gaza Kekal Lama

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyuarakan keraguan bahawa perjanjian gencatan senjata antara Hamas dan Israel mampu bertahan lama.

Fasa pertama gencatan senjata yang menyasarkan penamatan perang di Gaza secara kekal itu telah memasuki hari ketiga pada Selasa.

Menurut AFP, Trump memberi maklum balas tersebut ketika diajukan soalan berkenaan gencatan senjata tersebut ketika beliau menandatangani Perintah Eksekutif.

Trump tidak yakin perjanjian gencatan senjata di Gaza akan kekal lama

“Gaza seperti tapak perobohan besar-besaran,” kata Trump.

Ketika ditanya sama ada kedua-dua belah pihak, Israel dan Hamas akan mengekalkan gencatan dan meneruskan perjanjian tersebut, Trump hanya menjawab,

“Itu perang mereka (Israel-Hamas) dan bukannya perang kita (Amerika Syarikat), tetapi saya tidak yakin”.

Gencatan senjata fasa pertama antara Israel dan Hamas itu berkuatkuasa sejak Ahad lepas dan akan berlangsung selama 42 hari.

Antara perjanjian yang akan dilaksanakan dalam fasa ini adalah melibatkan pertukaran tahanan antara kedua-dua belah pihak.

Hamas dilapor akan membebaskan 33 tebusan yang ditahannya manakala Israel akan membebaskan kira-kira 1,900 tahanan warga Palestin.

Dalam tempoh enam minggu ini juga, semua pihak yang terlibat akan berunding untuk gencatan senjata fasa seterusnya termasuk penamatan perang secara kekal.

900 trak membawa bantuan kemanusiaan telah memasuki Gaza

Sementara itu, perang Gaza telah memusnahkan sebahagian besar Semenanjung Gaza, selain menyebabkan sebahagian besar daripada 2.4 juta penduduk kehilangan tempat tinggal.

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), lebih daripada 900 trak yang membawa bantuan kemanusiaan memasuki Gaza pada hari Isnin.

Ia merupakan tambahan kepada 630 trak bantuan yang masuk ke wilayah tersebut pada hari pertama gencatan senjata mula dikuatkuasakan.

Qatar selaku perantara utama rundingan gencatan senjata turut memaklumkan bahawa 12.5 juta liter bahan api akan dihantar Gaza dalam tempoh 10 hari pertama.

BACA: Tanah Runtuh Di Pekalongan, Jawa Tengah Ragut 16 Nyawa, Tiga Hilang – BNPB

BACA: Bekas Pemain Kebangsaan, Robert Choe Kim Chwee Meninggal Dunia

BACA: Pembukaan Seksyen 2 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) Memudahkan Penduduk Banting Ke Shah Alam, Putrajaya Dan KLIA

Sumber: AFP