Siakap Keli
Suami lempang isteri
Gambar: Orang awam

Polis Kesan Suami Lempang Isteri 

Polis Kesan Suami Lempang Isteri 

Polis Daerah Sepang mengesahkan telah menerima laporan polis berkenaan sebuah video yang tular di media sosial, menunjukkan seorang wanita tempatan ditampar oleh seorang lelaki di sebuah pusat membeli-belah di Kota Warisan, Sepang.

Ketua Polis Daerah Sepang, ACP Norhizam Bahaman, menyatakan laporan tersebut dibuat oleh adik kepada mangsa, yang melaporkan bahawa wanita berusia 35 tahun yang dipukul itu adalah kakaknya.

Difahamkan, lelaki yang menampar mangsa dikenali sebagai suami mangsa, berumur sekitar 50 tahun.

“Kes kini disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga.

“Jika sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara sehingga satu tahun, denda maksimum RM2,000, atau kedua-duanya sekali.

“Polis sedang giat menjejaki mangsa dan suspek. Kami menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini untuk tampil membantu siasatan,” katanya.

Dalam pada itu, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta untuk menghubungi Pegawai Penyiasat ASP Mahafiz Mat Lawi di talian 010-2396533 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang di 03-87774222.

Terdahulu, tular di media sosial sebuah rakaman video berdurasi 30 saat yang menunjukkan seorang wanita ditampar oleh seorang lelaki yang dipercayai suaminya ketika keluar dari lokasi majlis sambutan Tahun Baharu Cina.

Video tersebut dikongsi oleh seorang pengguna TikTok, dan turut disebarkan di laman X.

Menurut individu yang merakam video itu, dia terkejut melihat wanita tersebut ditampar secara tiba-tiba oleh lelaki berkenaan.

BACA: Iran Lancar Dron Terbesar Dinamakan “Gaza”

BACA: Polis Rakam Keterangan Pelawak Berhubung Isu Jenaka “Ham”

BACA: Pukul Anak Sehingga Mati Ibu Kandung Dipenjara Tiga Tahun

Sumber: Astro Awani

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.