JAECOO J7: SUV Segmen C Lagi Murah Dari Honda CRV
Kalau korang tengah mencari sebuah SUV segmen C yang lengkap dengan teknologi dan keselamatan terkini tapi harga murah, JAECOO J7 mungkin pilihan yang tepat.
Bayangkan JAECOO J7 yang saiznya lebih besar dari Honda CRV tapi dijual dengan harga bermula RM138,800 sahaja.
Lebih kurang RM20,000 lebih murah berbanding Honda CRV.
JAECOO J7 datang dengan rekaan ala-ala Range Rover yang terus menjadi buah mulut penggemar automotif.
Gril depan yang lebar digabungkan dengan lampu depan LED Nyalaan Siang yang sangat futuristik.
Badan JAECOO J7 ini juga kelihatan sangat gagah apabila berada atas jalan raya mahupun ketika parking.
Ruang dalam J7 datang dengan tempat duduk bersalut kulit serta sistem pengudaraan yang cemerlang untuk memastikan keselesaan memandu yang luar biasa.
Dalam kabin juga diberikan 14.8 inch skrin infotaiment dengan sambungan Apple Carplay dan Android Auto tanpa wayar.
Ia sangat memudahkan pengguna untuk mengakses isi telefon pintar dengan skrin gergasi termasuk jawab panggilan dan mainkan muzik.
J7 juga disiapkan dengan pengecas pantas tanpa wayar di bahagian hadapan kabin. 20%-80% hanya ambil masa 40 minit mengecas sahaja.
Selain itu, kamera 540º yang juga salah satu ciri keselamatan untuk pemandu memantau kereta terutama ketika masuk parking.
ADAS turut dilengkapkan dalam model ini bagi memastikan keselatan pemandu dan penumpang lebih terjamin.
J7 datang dengan dua varian iaitu All-Wheel Drive dan 2-Wheel Drive.
Harga 2WD RM138,800 dan AWD RM148,250 sahaja. Kalau dibandingkan dengan pesaing, JAECOO paling murah.