Chery Tiggo 8 Pro: Kereta China Tak Semput Mendaki Cameron Highlands
Cameron Highland ni salah satu destinasi pelancongan yang wajib akan jadi sesak waktu cuti hujung minggu dan cuti umum.
Kalau nak drive mendaki ke Cameron Highland ni mestilah kena kereta yang boleh mendaki dengan gagah untuk perjalanan yang lebih lancar.
Paling penting kena pastikan kenderaan kereta berada dalam keadaan baik kalau tak nak tersadi di tepi jalan dek pelabagai masalah kenderaan.
Baru-baru ni SK baru je naik ke Cameron Highland, tapi nak elakkan kesesakan, SK naik pada hari Rabu dan turun semula pada hari Jumaat. Bijak kan?
SK mendaki ke Caemron Highland dengan memandu Chery Tiggo 8 Pro iaitu sebuah SUV Segmen D dengan 7 temapat duduk.
Mendaki bukit Cameron Highland dengan kapasiti enjin 2.0 TGDi menjadikan pendakian tu sangat lancar sebab enjin sangat responsif ketika jalan mendaki. Effortless.
Tiggo 8 Pro ini datang dengan 256 HP dan 390Nm of torque. Padukan? Ini adalah SUV flagship dalam line-up Chery tau.
SUV ini menggunakan kotak gear 7 DCT dengan Electronic Shifter. Berbeza dengan CVT, DCT kurang mengaum bila memanjat bukit, sebab tu pemanduan jadi lagi seronok.
SK sangat berpuas hati dengan prestasi Chery Tiggo 8 Pro ni dalam melakukan tugas perjalanan jauh dan mendaki bukit.
Rekaan Dalaman
Dari segi dalam kabin pula, Tiggo 8 Pro dilengkapi dengan 8 speaker berjenama SONY untuk pengalaman bunyi lebih premium.
24.6 inci infotainment display serta sambungan Android Auto dan Apple Carplay melengkapkan lagi hiburan dalam kabin ketika memandu.
Dari segi keselesaan, ia datang dengan tempat duduk bersalut kulit premium yang menjanjikan keselesaan untuk perjalanan jauh, Tempat duduk juga sesuai untuk orang berbadan besar.
Bab keselamatan kereta ni memang tak perlu dipertikaikan. Dalam kabin dilengkapi dengan 9 beg udara tau.
Selain itu, ada Adaptive Cruise Control (ACC), Lane Keeping Assist, Blind Spot Detection dan banyak lagi ciri keselamatan yang terkini.
Harga jualan untuk Chery Tiggo 8 Pro ini ialah RM158,930 datang sekali dengan 7 tahun warranty/150,000km dan 5 tahun servis percuma di pusat servis Chery.
Untuk maklumat lanjut, sila layari Chery Malaysia sekarang.
BACA JUGA: Chery Tiggo 7 Pro: SUV Segmen C Harga Bawah RM125,000